Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Buku kanak-kanak karya Xueling bakal diterjemah ke bahasa Melayu, Tamil

Jan 28, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH buku kanak-kanak yang ditulis Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling, bertajuk What Ants Do On Rainy Days, akan diterjemahkan dan diterbitkan dalam Bahasa Melayu dan Tamil.



Projek buku itu yang dimulakan sebagai insiatif pengumpulan dana KidSTART Singapore kini telah mengumpul lebih $43,000 selepas sebulan ia dilancarkan pada Disember tahun lalu.



Pendermaan masih boleh dilakukan sehingga 11 Februari 2022, 11.59 malam menerusi laman giving.sg



Sebanyak 4,000 buku tersebut yang diterbit secara bersendirian telah diagihkan kepada semua perpustakaan awam, sekolah rendah dan tajaka di bawah skim pengendali utama (AOP) di sini.



Lagi 2,000 pula akan diderma kepada penerima Program KidSTART.



Sehingga kini, sejumlah 600 buku telah diterbitkan bagi pengagihan.



Menurut Cik Sun, beliau berharap buku itu, yang diterbit dalam Bahasa Inggeris, Cina, Melayu dan Tamil, akan menggalakkan pembelajaran bahasa ibunda yang paling berkesan jika terdedah pada usia yang muda.



KidSTART Singapore adalah sebuah pertubuhan yang menawarkan sokongan kepada kanak-kanak layak sehingga enam tahun dan keluarga mereka dengan matlamat memperkasa keluarga berpendapatan rendah untuk membina asas yang teguh bagi pembangunan anak-anak mereka.



Selain bermatlamat mendedahkan pembaca kepada pembelajaran bahasa ibunda serta tabiat membaca pada usia yang muda, Cik Sun turut berharap ia dapat berkongsi dengan ibu bapa dan kanak-kanak bahawa laluan kejayaan tidak terhad kepada kejayaan akademik sahaja.



Beliau berkata ia penting bagi orang ramai untuk melihat bahawa kejayaan akademik itu bukan tanda tunggal kejayaan bagi kanak-kanak.



Sebaliknya, ia menyebabkan kanak-kanak rasa takut dan tertekan terhadap jangkaan itu, katanya.



Cik Sun menambah, ramai kanak-kanak dan belia telah berkongsi bahawa jangkaan dari ibu bapa ibu bapa mereka terhadap prestasi mereka di sekolah, perbandingan serta persaingan antara mereka dengan rakan sedarjah memberi kesan kepada kesejahteraan mental mereka.



"Dalam dunia yang pesat berkembang ini, kanak-kanak kami perlu mempunyai kemahiran kehidupan untuk menangani ketidaktentuan dan cabaran.



"Jika kami mengehadkan pemikiran kanak-kanak kami bahawa kejayaan akademik adalah segalanya, kami mungkin tidak tidak melengkapi mereka untuk mengendali cabaran untuk mengendali cabaran yang bakal dihadapi sepanjang hidup," kata Cik Sun lagi.



Pelukis buku berkenaan, Encik Josef Lee berkata buku itu mengajar pembaca supaya tidak melihat kepada batasan diri sendiri namun meneroka ke luar dan pelajari daripada orang lain dan mendapatkan kemahiran baru.



Sementara itu, Cik Rahayu Buang, ketua eksekutif KidSTART, memberi penghargaan terhadap pihaknya yang dilibatkan dalam inisiatif ini.



"Pendermaan daripada kempen pengumpulan dana itu akan membantu kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah untuk mendapatkan akses kepada sumber perbelajaran dengan lebih baik."



"Dalam dunia yang pesat berkembang ini, kanak-kanak kami perlu mempunyai kemahiran kehidupan untuk menangani ketidaktentuan dan cabaran."
- Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >