Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

TUPPERWARE 'BUNGKUS' KENANGAN

Keunikan Tupperware tawan hati kaum Hawa rentas generasi

Ramai yang menyebut pelbagai bekas makanan sebagai 'Tupperware', walhal 'Tupperware' adalah jenama produk bekas makanan. Mungkin di kalangan kaum ibu ingat 'parti Tupperware' yang popular semasa era 1970-an-1980-an dulu yang menghimpunkan sekumpulan wanita, mungkin lima hingga 15 orang, mencuci mata dan membelek produk 'Tupperware' sambil menjamu selera dengan makanan yang dihidangkan tuan rumah. Meskipun populariti Tupperware kini terjejas dan syarikat tersebut dikatakan sukar mencari pelanggan baru, beberapa individu berkongsi dengan BERITA MINGGU (BM) betapa kewujudannya meninggalkan kesan mendalam dalam hidup mereka.
Apr 30, 2023 | 05:30 AM



PENGALAMAN pertamanya menghadiri 'parti Tupperware' adalah sewaktu beliau masih kecil, sekitar lebih 40 tahun lalu.



Mengimbau kembali kenangan itu, Cik Azizah Abdullah berkata beliau sering menemani ibunya mengunjungi rumah-rumah kenalan ibunya yang menganjurkan demonstrasi bagi produk-produk baru yang dikeluarkan Tupperware.



"Saya masih ingat lagi kenangan pertama saya menghadiri parti Tupperware ini... waktu itu saya masih belum bersekolah dan akan mengikut ibu saya pada hampir setiap hujung minggu.



"Biasalah, pada usia saya ketika itu, saya sebenarnya tidak tahu apa yang sedang mereka lakukan.



"Saya ingat, saya ikut pun kerana setiap kali makanan sedap akan dihidangkan," seloroh Cik Azizah yang kini berusia 49 tahun.



Namun lama-kelamaan, apabila beliau menjangkau usia dewasa dan mempunyai keluarga sendiri, Cik Azizah lebih mengenali dan menghargai produk bekas popular di hampir seluruh pelusuk dunia ini.



Tupperware Brands merupakan syarikat jualan langsung berbilang negara dari Amerika Syarikat yang diasaskan usahawan dan pencipta bekas plastik, Encik Earl Silas Tupper, pada 1948, menghasilkan, mengedar dan memasarkan peralatan dapur dan kegunaan rumah.



Populariti jenama ini juga menyerlah dengan wujudnya 'parti-parti Tupperware' yang memberi ruang bagi kaum Hawa berinteraksi, memperluas rangkaian kenalan di samping meraih pendapatan sampingan menerusi jualan produk Tupperware.



Menurut Cik Azizah, beliau banyak menyimpan dan mengumpul pelbagai produk Tupperware ini di rumahnya.



Keunikan bekas yang mampu tahan lama dan mesra alam sekitar itu merupakan antara sebab mengapa beliau sekeluarga masih menggunakan produk Tupperware hingga ke hari ini.



"Saya masih menggunakan sebuah bekas Tupperware yang saya dapatkan sekitar 20 tahun lalu, waktu anak sulung saya masih kecil lagi.



"Tidak seperti produk bekas simpanan makanan yang lain, saya dapati Tupperware lebih tahan lama walaupun kita sudah menggunakannya banyak kali.



"Yang paling menarik tentang produk Tupperware ini, ia mempunyai jaminan seumur hidup, dengan anda boleh tukar sekiranya ada rosak," ujar ibu empat anak berusia antara sembilan dengan 23 tahun itu.



Kerana berpuas hati dengan produk yang ditawarkan oleh jenama itu, Cik Azizah secara tidak langsung mendapati dirinya menjadi antara pengedar Tupperware di Singapura pada 2010 dan satu ketika pernah mempunyai seramai 200 'downline' atau pengedar lain yang direkrut beliau.



Beliau berkongsi keputusan menceburi bidang perniagaan produk Tupperware Brands secara sepenuh masa dibuat setelah mendapati dirinya mempunyai masa yang dapat diluangkan untuk melakukan perkara yang bermanfaat dan boleh menghasilkan pendapatan tambahan bagi keluarganya.



Namun, sejak pandemik Covid-19, Cik Azizah kurang menganjurkan 'parti Tupperware' dan menjadi pengedar.



Kini, beliau lebih menumpukan perhatian mengendalikan gerai makanan milik keluarganya di Tampines.



"Sejak Covid-19, masa saya banyak diluangkan di gerai makanan selepas saya mengambil alih daripada arwah bapa saya. Memang kadangkala sukar mencari masa meneruskan perniagaan menjual produk Tupperware.



"Namun, saya masih merupakan peminat Tupperware dan akan terus menyokong dengan membeli produk-produk baru yang dikeluarkan kerana setiap produk mempunyai kegunaannya yang unik dan tersendiri.



"Malah, jika terdapat pelanggan saya yang memesan makanan dan meminta saya mengisinya dalam bekas Tupperware, saya akan berasa sangat gembira," katanya.




"Saya masih ingat kenangan pertama saya menghadiri parti Tupperware ini... waktu itu saya masih belum bersekolah dan akan mengikut ibu saya pada hampir setiap hujung minggu.

Biasalah, pada usia saya ketika itu, saya sebenarnya tidak tahu apa yang sedang mereka lakukan.

Saya ingat, saya ikut pun kerana setiap kali makanan sedap akan dihidangkan."

- Cik Azizah Abdullah, mantan pengedar produk Tupperware.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >