Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:27
Maghrib
7:14
Isyak
8:24

Catatan LinkedIn ayah tentang anak autisme sentuh hati

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Rencana
33
0

Catatan LinkedIn ayah tentang anak autisme sentuh hati

Jun 27, 2022 | 05:30 AM

LEWAT tahun lepas, Dr Hishamuddin Badaruddin mendapat cetusan inspirasi daripada anak keduanya.

Ia mendorong beliau menulis satu catatan di LinkedIn.

Catatan tersebut menjadi tular, mendapat lebih 38,000 reaksi and lebih 1,000 komen di wadah media sosial itu.

Catatan beliau menyentuh jiwa Izzuddin, seorang kanak-kanak berusia 13 tahun yang mempunyai autism ringan dan menghadiri sekolah arus perdana.

"Disebabkan keadaan Izzuddin, kanak-kanak lain mengejeknya di sekolah. Ejekan ini seringkali menjejasnya sehinggakan dia menangis kerana dibuli.

"Beberapa bulan lepas, dia memberitahu saya tentang keinginannya untuk mencuba sukan papan selaju.

"Pada mulanya, saya berat hati namun saya tetap mengizinkannya. Kegiatan ini telah membangkitkan keyakinan dan harga dirinya.

"Kini, dia telah berkenalan dengan beberapa pemain papan selaju dan mempunyai rakan baru," tulis Dr Hishamuddin dalam catatan itu.

Ibu bapa kepada anak istimewa mula berkongsi cabaran mereka dalam ruangan komen manakala ada yang berkongsi bagaimana sukan papan selaju telah membentuk kehidupan mereka.

Sebuah syarikat pakaian sukan telah menghubungi Dr Hishamuddin secara peribadi untuk menghulurkan peralatan sukan percuma kepada Izzuddin, yang berkata beliau terperanjat dengan respons catatan itu kerana beliau tidak tahu mengenainya.

Anak remaja di menengah satu itu dengan ghariahnya, menunjukkan ketiga-tiga papannya termasuk satu papan berharga dari jenama Rodney Mullen yang bernilai hampir $400.

Mullen, seorang pemain papan selaju yang berpengaruh, berkongsi tentang bagaimana beliau mungkin berada dalam spektrum autisme.

Semasa membesar, beliau juga melalui fasa di mana beliau jarang bertutur.

Beliau turut mengatasi keadaan yang dipanggil 'kaki merpati', di mana kaki beliau menghala ke dalam.

Izzuddin pernah meminati bola sepak dan bola keranjang sebelum ini, namun beliau tertarik dengan papan selaju selepas bermain permainan Xbox pada lewat 2020.

Oleh kerana ibu bapanya tidak pasti sama ada ia adalah satu lagi trend yang akan berlalu, mereka mendapatkannya papan murah awal tahun lalu dan beliau mempelajari kemahiran asas daripada YouTube.

"Kami percaya dia begitu baik bermain papan selaju kerana saya juga memainnya semasa muda," kata Dr Hishamuddin, 51 tahun, yang bertugas sebagai seorang doktor.

Dr Hishamuddin dan isteri, yang merupakan seorang suri rumah, mempunyai dua lagi anak berumur 19 dan lapan tahun.

Izzuddin kini mempunyai seorang pelatih yang mengajarnya teknik permainan termasuk cara selamat untuk jatuh di Taman Meluncur Hab Sukan Singapura.

Beliau mula mempunyai rakan di sana dan juga di kawasan kediaman mereka di Pasir Ris.

"Jika saya keliru dengan satu teknik, mereka akan tanya 'Kamu okey? Kamu boleh melakukannya'.

"Ini memberi saya perangsang dan saya akan cuba lakukannya sekali lagi," kata beliau.

Apabila beliau terjatuh beberapa kali dan mengalami kecederaan ringan, mereka akan melaporkannya kepada bapanya yang akan memberi nasihat pertolongan cemas melalui telefon.

Sementara itu, Dr Hishamuddin berharap catatan beliau dapat memperbetul salah tanggapan tentang permainan papan selaju.

"Pandangan mereka jauh lebih positif dan menggalakkan berbanding kumpulan-kumpulan lain," jelas Dr Hishamuddin.

Walaupun mempunyai jadual kerja yang sibuk, beliau akan meluangkan masa bersama anak-anaknya dengan makan bersama, sama ada dengan masak di rumah atau makan di luar.

"Kadangkala, isteri saya akan merungut tentang bagaimana saya akan membawanya makan di pusat penjaja tapi membawa anak-anak ke kafe yang cantik," ceritanya.

Warga Singapura itu turut mengiktiraf bapanya, seorang penjawat awam Brunei yang berusia 70-an, kerana menjadi contoh dan penasihatnya sehingga ke hari ini.

"Saya mahukan yang sama bagi anak-anak saya juga. Jika mereka memerlukan saya, mereka tahu saya sentiasa di sini.

"Jika mereka tidak memerlukan nasihat saya, tidak mengapa, saya mempercayai mereka. Tapi saya mahu mereka mencari jalan sendiri," jelas beliau.

Apabila Izzuddin ditanya apa yang beliau suka tentang bapanya, beliau berkata tanpa sebarang keraguan, "dia selalu menyokong saya dan menggalakkan saya melakukan perkara mengikut impian sendiri".

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3