Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cuti lagi!

Musim cuti sekolah akan bermula tidak lama lagi. Ia juga cuti sekolah akhir tahun yang pertama
sejak langkah pengurusan selamat dilonggarkan di sini. Bagi ibu bapa yang yang ingin memenuhi
masa lapang yang ada, berikut ialah empat aktiviti baru yang terdiri daripada pencarian harta
karun yang mempunyai unsur pendidikan untuk kanak-kanak serta taman permainan yang unik.
Nov 14, 2022 | 05:30 AM



Taman interaktif bertema ‘Baby Shark



TAMAN permainan seluas 14,000 kaki persegi yang bertemakan 'Baby Shark'. Ia menampilkan lebih daripada 16 permainan dan pengalaman interaktif yang dibina berdasarkan klip video YouTube yang paling ramai ditonton di dunia dan pertunjukan Pinkfong yang lain.



PINKFONG WORLD ADVENTURE



Alamat: Let's Play, 03-208/209 Marina Square,



6 Raffles Boulevard.



Waktu dIbuka: 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.



Dibuka hingga



2 Januari 2023.



Bayaran masuk: $28 (Isnin hingga Khamis), $32 (Jumaat hingga Ahad, 24 hingga 26 Disember, 31 Disember dan 1 dan 2 Januari)




Nak cuba-cuba papan selaju?



TAMAN PAPAN SELAJU atau 'skateboard' tertutup bagi kanak-kanak dan orang dewasa yang ingin menceburi sukan ini akan dilatih oleh mereka yang lebih berpengalaman.



POR VIDA SKATEBOARDING INDOOR SKATEPARK AND SCHOOL



Alamat: B1-11 GR.iD Singapore, 1 Selegie Road.



Dibuka: 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.



Bayaran masuk: Kelas percubaan bermula pada harga $45 selama 45 minit. Tempah slot anda menerusi laman pvskateboarding.com.




Anda okey di tempat tinggi!



TAMAN aktiviti tertutup seluas 6,000 kaki persegi dengan aktiviti untuk orang dewasa dan kanak-kanak di mana mereka boleh menguji ketangkasan fizikal dan mental mereka dalam aktiviti elemen tinggi di tiga tingkat.



X-SCAP8



Alamat: 07-02 Orchard Central, 181 Orchard Road.



Dibuka: 11 pagi hingga 10 malam setiap hari.



Bayaran masuk: $35/setiap orang bagi kegiatan 'Infinity & Beyond High Elements'. Setiap sesi selama 45 minit.



$60/setiap sesi dengan maksimum enam pemain bagi kegiatan simulator golf 'Balls & Birdies'.




Yuk! Cari harta karun



PERMAINAN pencarian harta karun untuk orang dewasa dan kanak-kanak melibatkan sembilan monumen negara, termasuk Bangunan Parlimen Lama dan Padang. Para peserta dapat mempelajari tentang sejarah Singapura sambil menyelesaikan teka-teki dan mencari petunjuk.



THE MONUMENTAL HUNT IN THE CIVIC DISTRICT



Alamat: Bermula dari Muzium Tamadun Asia (ACM), 1 Empress Place.



Dibuka: 10 pagi, 11 pagi dan waktu petang. Setiap Sabtu hingga 17 Disember.



Bayaran masuk: $20/seorang untuk mereka yang berumur 13 tahun ke atas, $15 seorang kanak-kanak berumur tujuh hingga 12 tahun. Daftar di nhbpsm.peatix.com



 



 



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >