Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Dahaga ilmu walau hampir 40 tahun dalam industri hospitaliti

Mar 13, 2022 | 05:30 AM



Tidak pernah terlalu terlewat untuk belajar kemahiran baru mahupun menukar kerjaya ke industri lain. Itulah yang dilakukan dua individu yang telah menyertai Program Penukaran Kerjaya (CCP) Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG). Yang seorang berusaha menimba kemahiran baru walaupun sudah ada pengalaman hampir empat dekad dalam industri hospitaliti. Yang seorang lagi pula menukar kerjaya ke industri baru untuk memenuhi cita-citanya. Berikut BERITA MINGGU melaporkan kisah mereka.



BELIAU sudah pun mempunyai pengalaman selama hampir 40 tahun dalam industri hospitaliti, tetapi tidak pernah putus mengejar ilmu baru.



Malah, di tengah-tengah pandemik Covid-19 pada 2020, Encik Sulaiman Eman, telah menyertai Program Penukaran Kerjaya (CCP) bagi Karyawan Hotel untuk meraih pengetahuan dan kemahiran mengenai makanan dan minuman (F&B) di bawah jabatan operasi bankuet.



Ini kerana di Raffles Hotel Singapore - tempat beliau bekerja - terdapat permintaan meningkat daripada tetamu hotel untuk mengadakan acara dan jamuan privet di dalam suite mereka, terutamanya dengan adanya sekatan Covid-19 ke atas saiz kumpulan bagi perhimpunan sosial.



"Saya lihat ia sebagai peluang untuk mempertingkat peranan kerja dan tugas serta tanggungjawab semasa pandemik ini (apabila kadar penginapan lebih rendah daripada biasa).



"Ia satu pengalaman membuka mata untuk belajar tentang operasi bankuet," kata beliau.



Encik Sulaiman, seorang butler Raffles kanan berusia 59 tahun, mempunyai pengalaman hampir empat dekad dalam dunia hospitaliti, dengan sebahagian besarnya dalam divisyen bilik tetamu dan operasi F&B yang melibatkan beliau berinteraksi secara dekat dengan tetamu kenamaan.



Sebelum pandemik Covid-19, tugas beliau selaku butler Raffles kanan termasuk membantu dalam proses daftar masuk dan keluar untuk tetamu hotel.



Ia termasuk menjaga keperluan mereka sepanjang tempoh penginapan, seperti membantu mereka merancang jadual perjalanan di Singapura dan membuat tempahan di restoran.



Namun, dengan sektor hospitaliti terjejas dek Covid-19, beliau telah menjalani latihan di bawah CCP itu untuk meraih pengetahuan dan kemahiran baru yang dapat membantunya memenuhi permintaan hotel itu.



Di bawah CCP itu, Encik Sulaiman belajar cara menyediakan meja, melayan dan menyajikan menu untuk tetamu yang meraikan acara istimewa, seperti ulang tahun perkahwinan.



Beliau juga belajar cara membuat persediaan mengikut Susunan Acara Bankuet dan standard Raffles Hotel Singapore, meraih pengetahuan operasi bankuet dari segi menu dan peralatan seperti barang tembikar dan kaca, serta cara menyajikan hidangan dengan menarik di dalam suite tetamu.



"Dengan lebih ramai tetamu memilih staycation untuk meraikan acara istimewa, saya seronok dapat mempertingkatkan pengalaman mereka di Raffles Hotel Singapore dengan melakukan sesuatu yang khas, seperti menghias suite mereka dan menyediakan menu," kata beliau.



Berbekalkan pengalaman kerjaya yang begitu meluas sekali, Encik Sulaiman berkongsi bahawa beliau terdorong berkongsi pengalaman dan pengetahuannya sebagai cara menyumbang kembali kepada masyarakat dan memupuk generasi muda.



Beliau berkata peluang meningkatkan kemahiran harus didekati dengan sikap positif dan menasihatkan orang ramai agar melihatnya sebagai peluang memperbaiki diri.



Bagi generasi muda yang ingin menceburi kerjaya dalam bidang hospitaliti, Encik Sulaiman berkata industri itu tentu sekali ada cabarannya, tetap ia juga memberi ganjaran.



"Terdapat prospek kerjaya yang luas jika anda bersedia bekerja keras, sabar, dan mempunyai minat, komitmen dan ketabahan untuk mencapai matlamat anda.



"Ciri-ciri ini juga penting jika anda mahu mencapai tahap lebih tinggi dan mendaki tangga korporat dalam industri," kata beliau.




"Saya lihat ia sebagai peluang untuk mempertingkat peranan kerja dan tugas serta tanggungjawab semasa pandemik ini (apabila kadar penginapan lebih rendah daripada biasa).

Ia satu pengalaman membuka mata untuk belajar tentang operasi bankuet...

Terdapat prospek kerjaya yang luas jika anda bersedia bekerja keras, sabar, dan mempunyai minat, komitmen dan ketabahan untuk mencapai matlamat anda.

Ciri-ciri ini juga penting jika anda mahu mencapai tahap lebih tinggi dan mendaki tangga korporat dalam industri."

- Encik Sulaiman Eman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >