Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Diiktiraf bangun Kenderaan Pemulihan Pegawai Kecemasan

Nov 05, 2021 | 05:30 AM



Seramai 194 pegawai, pasukan dan agensi Home Team menerima Anugerah Menteri oleh Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dalam satu acara maya Jumaat lalu. Anugerah itu bertujuan mengiktiraf keupayaan mereka yang mempamerkan keupayaan luar biasa serta kecekapan dalam melaksanakan tugasan harian, memaparkan daya inovasi yang tinggi serta kelakonan cemerlang. BERITA HARIAN meninjau dua orang pegawai yang menerima anugerah itu tentang pengalaman mereka berkhidmat dengan agensi yang diwakili masing-masing dan masyarakat.



KENDERAAN Pemulihan Pegawai Kecemasan (RPV) ialah kenderaan yang unik dan dipercayai yang pertama di dunia.



Ia dilengkapi dengan keupayaan pemulihan responden yang komprehensif dan menyediakan pendekatan inovatif untuk memaksimumkan prestasi petugas barisan hadapan.



Berkesan semasa operasi berpanjangan, ia turut menyediakan rawatan pemulihan yang berkesan bagi pelbagai kecederaan disebabkan kebakaran.



Timbalan Pengarah Akademi Pertahanan Awam Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) Leftenan Kolonel (LTC) Firoz Rajam telah memimpin pasukan yang terdiri dari kakitangan dari SCDF, para doktor dan penyelidik dari Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara (ORNS) dan jurutera dari syarikat tempatan untuk mencipta RPV tersebut.



"RPV dipercayai satu-satunya di dunia yang menggabungkan sains dan teknologi yang menyediakan kemudahan pemulihan di tapak operasi untuk meningkatkan prestasi anggota bomba.



"Ia juga dilengkapi dengan teknologi Rendaman Air Sejuk yang telah terbukti secara klinikal sebagai standard emas dalam rawatan kecederaan kebakaran," jelas LTC Firoz dalam satu panggilan video bersama Berita Harian.



"Projek ini adalah contoh yang sangat positif tentang apa yang boleh dicapai atas kerjasama cemerlang dengan agensi yang berbeza.



"Ia menunjukkan betapa rapatnya SCDF bekerjasama dengan ORNS, kerjasama rangkaian yang kukuh dengan syarikat kejuruteraan tempatan yang telah menyumbang kepada kejayaan projek ini dan pegawai SCDF yang dilibatkan sama.



"Tidak lupa juga penghargaan kepada pegawai-pegawai atasan yang menyokong projek ini," ujar LTC Firoz.



RPV mempunyai tiga zon pengurusan haba yang unik - Zon Penyejukan Pantas, Zon Penyejukan Berseluruhan dan Rendaman Air Dingin - untuk menyediakan kadar penyejukan yang sesuai kepada responden.



Ini juga mencegah kecederaan kebakaran yang teruk dan membolehkan pemulihan pantas responden semasa operasi utama.



Antara lain, RPV telah digunakan dalam beberapa insiden besar serta insiden latihan.



Pimpinan dan kerja keras LTC Firoz bersama pasukannya atas kejayaan ciptaan RPV adalah antara sebab beliau dianugerahkan Anugerah Pencapaian Home Team (HTAA) di Anugerah Menteri oleh Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) baru-baru ini.



"Saya bertuah kerana mempunyai pasukan yang dedikasi yang berkebolehan dalam setiap aspek.



"Mereka memainkan peranan yang besar dalam menjayakan projek ini dan saya amat berterima kasih atas sikap profesionalisme dan komitmen mereka," ujar beliau.



Mengulas lanjut akan pengiktirafan anugerah dari MHA LTC Firoz berkata:



"Anugerah ini merupakan lonjakan yang ketara dan membuka jalan kepada penyelidikan saintifik dan klinikal selanjutnya untuk mewujudkan protokol bagi prestasi responden dalam persekitaran operasi."



Selain itu RPV juga telah dianugerahkan Anugerah InnovA oleh MHA atas pengembangannya.



Anugerah InnovA mempamerkan contoh cemerlang bagaimana Home Team sentiasa berinovasi untuk memastikan keselamatan Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >