Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

BERITA PENGIKLAN

Dulu penunggang penghantaran kini pengurus kawasan

Cabaran foodpanda di era pandemik
Nov 09, 2021 | 06:00 AM



MULANYA sebagai penunggang penghantaran makanan sebelum menjadi pengurus pasukan penghantaran. 



Tup tup, enam tahun sudah berlalu dan kini Encik Muhammad Azhrin Azahari, 32 tahun, merupakan pengurus kawasan dengan syarikat foodpanda.



Encik Muhammad Azhrin menyifatkan tangga kerjaya yang didakinya di foodpanda sebagai sebuah penerokaan.



“Ia satu pengalaman penerokaan buat saya juga... saya menjalin persahabatan dengan ramai orang sepanjang tempoh itu. 



“Sebagai pekerja penghantaran, banyak cabaran yang saya lalui seperti perlu menghantar makanan di tempat yang sunyi, yang perlu saya memberanikan diri. 



“Lepas saja hantar makanan, saya pun bergegas lintang pukang keluar dari kawasan itu. Jantung macam nak tercabut rasanya,” kata beliau, sambil tertawa besar. 



Encik Muhammad Azhrin merupakan salah seorang daripada ratusan kakitangan foodpanda, syarikat yang telah bertapak di Singapura sejak 2012.



Syarikat asal Jerman itu merupakan perintis dalam khidmat penghantaran makanan di Singapura.

Sejak itu syarikat tersebut telah berkembang untuk menjadi platform penghantaran makanan dan barangan keperluan yang terbesar di Asia dengan operasi di lebih 400 bandar di 12 pasaran Asia Pasifik.



Ini termasuk Singapura, Hong Kong, Thailand, Malaysia, Pakistan, Taiwan, Filipina, Bangladesh, Laos, Kemboja, Myanmar, dan Jepun.



Menceritakan pengalaman lucu sepanjang menjadi pekerja penghantaran makanan, Encik Muhammad Azhrin berkata satu ketika dahulu, beliau mempunyai tabiat sering lupa mengisi minyak motosikalnya.



“Terpaksalah members-members lain datang bantu,” katanya.



“Kadang kala apabila terlalu sibuk buat penghantaran – tidak kira hujan atau panas – kami boleh sampai terlupa untuk isi minyak.



“Tahu-tahu sahaja enjin motosikal tidak dapat dihidupkan atau mati secara tiba-tiba, bukan kerana enjinnya tapi kerana tangki minyak kering,” kata beliau lagi.





CABARAN BERBEZA



Pada 2016, Encik Muhammad Azhrin berkata beliau telah menerima rekomendasi untuk menyertai pasukan penghantaran foodpanda selaku pengurus – pengalaman baru yang belum pernah dilaluinya.



“Sememangnya ia pilihan terbaik yang pernah saya buat.



“Dahulu kebanyakan kerja dilakukan secara manual di mana kita perlu menghantar pesanan kepada penunggang dan pada masa yang sama bantu huraikan isu-isu yang dihadapi penunggang. Sibuk namun menyeronokkan.



“Tapi kini segala kerja memanfaatkan teknologi dan banyak ciri-ciri baru telah diperkenalkan bagi memudahkan lagi proses pekerjaan kami,” ujarnya.



Yang pasti perjalanan kerjayanya tidak berhenti di situ.



Beliau yang berkelulusan Nitec dalam jurusan Automotif kemudian dilantik selaku pemimpin kanan pasukan yang kemudian dihantar ke Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada perluasan tugasannya di foodpanda.



Sekembalinya ke Singapura pada 2019, Encik Muhammad Azhrin dilantik pula selaku pengurus kawasan di mana beliau berinteraksi lebih dengan para penunggang.



Ini termasuk menyelesaikan isu-isu pentadbiran selain buat persiapan bagi para pemohon pekerjaan.



“Saya telah berhadapan dengan banyak situasi – bermula sebagai penunggang penghantaran, kemudian selaku pengurus penghantaran dan kini pengurus kawasan.



“Kini apabila semua pengalaman itu digabungkan, saya dapat memahami situasi sekitaran dengan lebih baik.



“Jadi apabila timbul sebarang isu saya lebih peka dan mampu berikan nasihat dan sokongan kepada para penunggang,” ujarnya lagi. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >