Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Falsafah reka bentuk baru

Mar 22, 2021 | 11:42 PM



Di Singapura dan Korea, kereta  Hyundai ini dipasarkan menggunakan nama Avante namun di pasaran utama di dunia ia dikenali dengan nama Elantra.



Model kereta yang kini memasuki generasi ketujuh, mengambil nama Avante bagi pasaran setempat kerana ia merupakan salah satu model yang paling laris di negara ini bagi jenama Korea itu. Misalnya pada 2009,  Avante 1.6 merupakan model paling laris di sini dengan 5,225 unit dijual.



Kembali ke hari ini, Hyundai memperkenalkan model terkini Avante 2021 yang bertujuan mengukir falsafah baru dalam reka bentuk kereta buatan Korea.



Sekali imbas, Hyundai Avante terbaru ini kelihatan lebih tajam, lebih panjang, lebih lebar dan lebih rendah berbanding model generasi keenam.



Hasilnya, Avante meraih lagi kepanjangan lagi 55 mm (4,675 mm) dan 20 mm pada jarak roda (2,720 mm), dan lebar keseluruhan dinaikkan 25 mm [menjadi 1,825mm]. Ketinggian keseluruhan pula turun 20mm [1,430 mm]. Perubahan kecil ini secara dramatik mengubah bentuk kereta tetapi tidak menjejas ruang kabin.



Reka bentuk kereta yang menawan ini jelas menggariskan falsafah yang lebih berani menggabungkan tema bersudut yang menampilkan gambaran yang lebih tajam. 



Gril depan yang dipenuhi dengan bentuk berlian menguasai perhatian. Dilihat dari tepi pula, reka bentuk yang diberi nama  “Parametric Dynamics Design” menampilkan desain yang lebih agresif.



Keselesaan dan sekitaran moden jelas dirasakan apabila memasuki kabin kereta ini. Pendek cerita reka hias dalaman Hyundai Avante jelas ada ‘kelas’. 



Antara tarikan dalam ruang kabin ialah sistem info-hiburan dengan skrin 8-inci yang menguruskan pelbagai kemudahan muzik dan kemudahan perhubungan seperti telefon bijak. Terdapat juga skrin LCD 10.25 inci yang memaparkan maklumat penting kenderaan. Apa yang turut menarik ialah reka bentuk ruang pemandu yang dihias seakan kokpit pesawat. 



Hyundai Avante 1.6 juga dilengkapi sistem wayarles Android Auto dan

Apple CarPlay, membolehkan anda menghubungkan telefon Android atau Apple dengan kereta ini tanpa menggunakan wayar.



Kereta ini dikuasai enjin 1.6 liter SmartStream Gamma II yang membolehkan ia memecut dari ke 100km sejam dalam 10.4 saat. Berdasarkan uji pandu yang dijalankan, prestasi bukan kekuatan utama kereta ini apa yang lebih menarik perhatian ialah perubahan desain dan penyesuaian yang dilaksanakan.



Salah satu kehebatan Hyundai ialah pencapaian jenama ini dari sudut keselamatan. Hyundai Avante penuh dengan kemudahan yang berpotensi menyelamatkan nyawa.



Sebagai contoh kereta ini mempunyai sistem Bantuan Pencegahan Pelanggaran Depan (FCA) yang diperbaiki bagi menghindari kereta melanggar kenderaan, pejalan kaki, penunggang basikal ketika membelok di persimpangan.



Terdapat juga Bantuan Kekal di Laluan (LKA) yang membantu mencegah kereta daripada tersasar keluar dari laluan - ia secara automatik mengawal kenderaan supaya kekal di laluan. 


Sementara Bantuan Penghindaran Perlanggaran dari Ruang Terlindung (BCA) pula memberi amaran jika ada kenderaan yang hampir terlalu dekat di bahagian tepi.



Hyundai menawarkan tiga jenis di sini - Avante 1.6 ($90,999),  Avante 1.6 S ($94,999) dan Avante 1.6 Elite ($99,999)



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >