Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Fandi tangkis gosip nak bawa anak Ilhan ke Pahang

Sep 16, 2022 | 05:30 AM



FANDI Ahmad dengan cepat menangkis khabar angin bahawa beliau ingin membawa masuk anaknya, terutama Ilhan yang ketika ini beraksi di Singapura, untuk bersama beliau di Sri Pahang FC.



Malah di kalangan penyokong Tok Gajah, mereka mudah untuk menerima Ilhan yang pada usia 19 tahun mampu untuk mencipta legasi di Sri Pahang seperti yang dikecapi oleh bapanya.



Barisan serangan Sri Pahang juga sudah tentu akan menjadi lebih tajam dengan kehadiran penyerang muda seperti Ilhan yang beraksi dengan amat cemerlang dengan 12 gol dalam 11 perlawanan musim ini bersama kelab Albirex Niigata.



"Ya saya mahu anak saya keluar negara untuk mendapatkan pengalaman yang luas.



"Mungkin di Thailand misalnya. Ilhan perlukan pendedahan untuk bersaing lebih jauh,'' ujar Fandi.



Seperti abang Ilhan, Irfan dan Ikhsan telah memantapkan diri mereka sebagai pemain utama bagi kelab di Thailand.



Adik-beradik itu, masing-masing 25 tahun dan 23 tahun, bermain untuk pasukan teratas Thai BG Pathum United.



Menurut Fandi lagi, ini sama seperti yang beliau rakamkan dalam buku biografinya bertajuk "Fandi: Honour & Sacrifice", atau Fandi: Penghormatan dan Pengorbanan, yang dilancarkan ketika menyambut ulang tahunnya yang ke-60 pada 29 Mei iaitu:



"Sekitaran bola sepak di Singapura okey tetapi jika anda mahu menjadi ahli sukan profesional, terutama dalam bola sepak, anda mesti keluar negara semasa muda."



Dalam buku yang menyorot perjalanan hidupnya dari kecil sehinggalah menjadi pemain bola sepak terkemuka dan penuh inspirasi beliau menekankan Disiplin, Keazaman, Dedikasi dan Berkorban ('3DS').



Fandi juga menitipkan nasihat untuk anak-anak muda yang mahu serius menceburi bidang bola sepak dengan berkata:



"Saya sentiasa mahukan kehidupan dalam bola sepak, bukan gaya hidup."



Beliau juga berharap agar anak-anaknya memegang prinsip yang sama sepertinya untuk bermain untuk negara, mengibarkan bendera Singapura ke mana sahaja mereka pergi. Ini katanya sebagai pemain bola sepak mewakili Singapura atau sepertinya yang kini berada di Sri Pahang sebagai Pengarah Teknikal, setiap daripada anaknya perlu mengecapi penghormatan.



"Penghormatan itu datang dengan banyak pengorbanan.



"Ia bukanlah satu perjalanan yang mudah; setiap detik dalam kerjaya saya adalah penting dalam membentuk saya,'' ujar Fandi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >