Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

DUNIA DIGITAL

Fon telinga, alat pembesar suara jadi teman harungi sekatan Covid-19

May 05, 2021 | 11:21 PM



Sekatan Fasa 2 akan dilaksanakan semula ekoran penemuan kelompok baru jangkitan Covid-19. Bagi anda yang terjejas, berikut beberapa peranti audio yang berupaya merancakkan pengalaman mendengar muzik sekali gus mengurangkan stres.



STEELSERIES TUSQ

​SteelSeries, pembuat peralatan sampingan permainan komputer baru-baru ini  memperkenalkan fon telinga  Tusq in-ear yang ringan lagi selesa dipakai. 



Tarikan utama peranti audio ini ialah sistem mikrofon dwi yang membolehkan anda berhubung dengan teman semasa bermain komputer. Tusq in-ear juga mempunyai mikrofon jenis boom yang boleh dipisahkan. Tanpa mikrofon boom anda masih boleh berhubung menerusi mikrofon yang tersemat dalam fon telinga ini.



Keselesaan semasa menggunakan fon telinga ini sungguh dirasakan. Setelah berjam-jam menggunakannya, lubang telinga tidak terasa lenguh atau perit.



Steelseries juga melengkapkan peranti ini dengan perisian pemaju bunyi dinamik komposit bagi memastikan bunyi yang terang, jelas lagi tanpa gangguan. 



Bagi penggiat permainan komputer yang tidak boleh duduk diam Tusq in-ear mempunyai kabel ringan lagi mudah lentur yang boleh disesuaikan mengikut bentuk telinga anda bagi menjamin keselesaan. 



Pakej Tusq merangkumi peyumbat telinga silikon tiga saiz, beg kain untuk menyimpan fon telinga dan penyumbat telinga tambahan.



Tusq, kini dijual pada harga  $69 dan boleh dibeli di kedai rasmi Steelseries di  Lazada dan gedung  terpilih. 




FON TELINGA LG TONE Free HBS-FN7

Menghadiri mesyuarat menerusi Zoom sudah menjadi lumrah dalam dunia Covid-19. Begitu juga kegiatan mendengar muzik dalam perjalanan pergi atau pulang dari kerja. Bagi peminat fon telinga,  LG Singapore baru baru ini melancarkan fon telinga terbarunya  LG TONE Free HBS-FN7. 



Keselesan memakai fon telinga ini jelas dirasakan sebaik ia dipasang ke telinga. Diperbuat bahan yang lembut, rasa perit atau lenguh yang sering dirasakan apabila memakai lama fon telinga tidak dirasakan semasa menggunakan  FN7.



Ia juga mudah dipadankan dengan telefon bijak atau peranti yang mempunyai Bluetooth.



Dari sudut mutu bunyiannya, FN7 mempunyai sistem yang berupaya membatalkan  kebisingan aktif (ANC). Hasilnya, ia meningkatkan pengalaman audio agar suara teman yang bercakap di mesyuarat Zoom jelas kedengaran.



Bunyian muzik menerusi fon telinga ini juga tidak kurang hebat - bunyi bass, paluan gendang, drum dan iringan piano sungguh lunak. 



Mutu audio yang baik lagi realistik ini dapat dicapai hasil kerjasama LG dengan  syarikat teknologi audio Britain, Meridian Audi. Dengan ciri Bass Boost dan Treble Boost pengalaman mendengar lebih sempurna dan setiap rentak dapat dirasakan .



Dalam sekitaran yang mengutamakan kebersihan dan menjauhi diri dari kuman, LG memuatkan pakej FN7 dengan alat sinar ultraviolet. Terletak pada buaian pengecas sinar ultraviolet berupaya   menghilangkan bakteria yang mungkin wujud pada pada jaring fon telinga ini telinga. Sinaran ultraviolet memastikan fon telinga bersih dari bakteria setiap kali anda menggunakannya.



LG TONE Free HBS-FN7 mempunyai dua pilihan warna  Hitam dan Putih dan ditawakan pada harga $298. Alat ini boleh didapati di Lazada, Shopee atau gedung elektronik terpilih.



PEMBESAR SUARA MUDAH ALIH SHARP GX-BT480

Sharp baru-baru ini memperkenalkan alat pembesar suara mudah alih GX-BT480 yang dikuasai  peralatan Onkyo.



Bagi golongan yang suka ke luar rumah sambil menikmati muzik bersama-sama alat pembesar suara ini boleh beroperasi selama 20 jam sebelum ia perlu dicas semula.



Jika anda berada di luar rumah bersama alat ini dan hujan renyai-renyai turut, usah khuatir alat ini dilengkapi perlindungan IP54 yang menjamin ketahanan terhadap faktor persekitaran seperti habuk dan percikan air.



Satu lagi tarikan alat ini ialah sistem dua saluran dengan hasil audio maksimum setinggi 100dB - mutu bunyian yang dalam lagi jelas biarpun dalam sekitaran luar rumah yang agak bising. Penggunaannya juga mudah. Ia boleh dipadankan dengan telefon bimbit atau komputer menerusi wadah Bluetooth. 



GX-BT480 berharga $399 dan ia boleh didapati di gedung atau kedai elektronik terpilih.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >