SEJAK tahun lalu, Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) telah mencuba cara baru mendekati masyarakat Melayu/Islam dalam kempen mengumpul dananya sempena Ramadan.
Ia masih mengirim surat rayuan, tetapi kandungannya berbeza berbanding tahun-tahun sudah. Mulai tahun lalu, surat itu memaparkan bekas penerima biasiswa atau dermasiswa LBKM dan perkongsian daripada mereka tentang bagaimana pertubuhan itu membantu mereka mencapai impian mereka.