Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Golongan belia cenderung sertai sektor stabil: Tinjauan

Sekitar 83,000 anggota masyarakat Melayu guna Kredit SkillsFuture sejak diperkenal; ramai ambil kursus F&B, infokom, keselamatan dan siasatan
Oct 16, 2020 | 05:30 AM



GOLONGAN belia lebih cenderung menyertai sektor ekonomi yang dianggap stabil dalam keadaan ketidakpastian ekonomi ini, menurut satu tinjauan Mendaki baru-baru ini.



Tinjauan itu juga mendapati belia percaya bahawa mereka akan lebih berpeluang mendapatkan pekerjaan lebih baik menerusi peningkatan kemahiran.



Demikian antara dapatan tinjauan Mendaki itu yang dikongsi dalam Dialog Dasar Mendaki-Institut Pengajian Dasar (IPS) 2020 tahunan yang diadakan menerusi Zoom semalam.



Tinjauan Mendaki itu telah dijalankan antara lewat Ogos dengan pertengahan September tahun ini untuk mendapatkan maklum balas 200 belia berusia antara 15 dengan 35 tahun demi memahami pandangan mereka tentang masa depan dalam bidang pendidikan dan pekerjaan.



Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, yang juga penasihat Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra), berkata dapatan itu sesuatu yang memberangsangkan kerana ia akan memberikan belia satu inspirasi bahawa mereka boleh mencari pekerjaan baru.



"Ramai yang mungkin ragu-ragu pada mulanya, takut untuk melangkah ke arena baru, tidak tahu sama ada mereka boleh berjaya atau akan dapat pekerjaan baru selepas tamat mengikuti kursus latihan.



"Dapatan ini menunjukkan bahawa untuk mendapat kemahiran baru bukan saja satu latihan, malah sesuatu yang boleh menjamin pekerjaan yang lebih baik dalam industri yang berkembang.



"Kita tahu pasca-Covid-19 akan terdapat industri yang terus berkembang dan mewujudkan pekerjaan baru dan kami harap lebih ramai lagi dalam kalangan pekerja kita mengikuti kursus-kursus sedia ada yang dapat memberi jaminan tersebut," kata beliau.



Sekitar 100 peserta menyertai dialog dengan topik 'Membangunkan Masyarakat Berdaya Tahan menerusi Pembelajaran Sepanjang Hayat' semalam.



Diadakan sempena sebahagian kempen Raikan Ilmu, dialog itu bertujuan mendekati masyarakat Melayu/Islam dalam isu dasar nasional selain menyediakan ruang bagi pihak berkepentingan masyarakat meluahkan pandangan mereka.



Dalam ucapannya di sesi dialog itu, Dr Maliki berkata pandemik Covid-19 telah memaksa orang ramai mencari kekuatan dalam diri sendiri untuk memberi respons terhadap krisis itu, memikirkan semula cara kehidupan, belajar dan bekerja, dan mendakap teknologi digital pada rentak lebih pantas.



Beliau menambah bahawa pembelajaran sepanjang hayat merupakan satu bidang tumpuan penting, dengan pemerintah telah mempertingkat kapasiti dan sumber untuk menggalak rakyat Singapura memburu pembelajaran sepanjang hayat.



Antaranya ialah Kredit SkillsFuture, di mana pemerintah mengumumkan tokokan $500 awal tahun ini dan tambahan lagi $500 bagi golongan pekerja matang.



Menurut Dr Maliki, sekitar 83,000 anggota masyarakat Melayu telah menggunakan Kredit SkillsFuture mereka sejak ia diperkenalkan dan kebanyakkanya mengambil kursus dalam bidang seperti makanan dan minuman (F&B), infokom (ICT), dan keselamatan dan siasatan.



Tambahnya, institut pengajian tinggi (IHL) juga telah membangunkan kursus yang relevan kepada industri dalam bidang seperti analitik data, kewangan dan keselamatan siber sebagai sebahagian usaha Pendidikan dan Latihan Berterusan (CET).



Dr Maliki turut memuji usaha Mendaki menekankan mesej kepentingan pembelajaran sepanjang hayat dalam kempen Raikan Ilmu mereka tahun ini.



"Menjadikan peningkatan kemahiran boleh dimampui hanya sebahagian huraiannya. Kami akan perlu memastikan persekitarannya sama-sama menyokong - majikan, ahli keluarga dan sebagainya - juga mesti memainkan peranan.



"Bukan mudah untuk bekerja dan belajar pada masa yang sama - mereka yang telah melakukannya tahu cabarannya.



"Kita boleh melakukan lebih lagi sebagai sebuah masyarakat untuk menyediakan persekitaran yang menyokong sedemikian bagi pembelajaran sepanjang hayat menjadi sebahagian DNA masyarakat kita dan menjadikan kita sebuah masyarakat lebih berdaya tahan pada masa depan," kata beliau.




"Ramai yang mungkin ragu-ragu pada mulanya, takut untuk melangkah ke arena baru... Dapatan ini menunjukkan bahawa untuk mendapat kemahiran baru bukan saja satu latihan, malah sesuatu yang boleh menjamin pekerjaan yang lebih baik dalam industri yang berkembang. Kita tahu pasca-Covid-19 akan terdapat industri yang terus berkembang dan mewujudkan pekerjaan baru dan kami harap lebih ramai lagi dalam kalangan pekerja kita mengikuti kursus-kursus sedia ada yang dapat memberi jaminan tersebut."
- Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman.




SEKILAS DAPATAN TINJAUAN MENDAKI



Tinjauan Mendaki ini dijalankan antara lewat Ogos dengan pertengahan September tahun ini.



Seramai 200 belia berusia antara 15 dengan 35 tahun telah ditinjau untuk memahami pandangan mereka tentang masa depan dalam bidang pendidikan dan pekerjaan.



Tempoh masa dijangka untuk mencari pekerjaan:



- 6% responden menyatakan jangkaan tempoh masa sebulan



- 30% responden menyatakan jangkaan tempoh masa antara sebulan dengan tiga bulan



- 32% menyatakan jangkaan tempoh masa antara tiga bulan dengan enam bulan



- 13% menyatakan jangkaan tempoh masa antara enam bulan dengan 12 bulan



- 19% menyatakan jangkaan tempoh masa lebih setahun



Keupayaan mengatasi tekanan dalam situasi cabaran:



- 55% kata mereka boleh atasi tekanan; 34% bersikap neutral; dan 11% kata mereka tidak boleh atasi tekanan



Tahap Daya Ketahanan Belia:



- 71% responden percaya mereka berdaya tahan



Perancangan kerjaya dalam kalangan belia:



- Responden pilih rakan dan keluarga sebagai dua sumber maklumat teratas mereka bagi perancangan kerjaya



- Inisiatif disokong pemerintah seperti MySkillsFuture dan MyCareersFuture Singapore juga semakin mendapat perhatian dalam kalangan belia



- Bidang pendidikan dan awam merupakan dua sektor yang paling diminati



- Minat dalam sektor pertumbuhan, seperti IT (tangga keempat), dan perbankan dan kewangan (tangga keenam), juga bertambah



Kesinambungan dalam pembelajaran sepanjang hayat



- 91% responden rasa peningkatan kemahiran akan bantu mereka dapat pekerjaan lebih baik



- 82% responden minat meraih pengalaman bekerja sambil belajar




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >