Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Golongan muda kian condong guna e-rokok, produk tembakau dipanas

Feb 22, 2022 | 05:30 AM



GOLONGAN muda semakin condong dalam penggunaan rokok elektronik (e-rokok) atau juga disebut sebagai vaping serta menggunakan produk tembakau dipanaskan.



Ini memandangkan tinjauan yang dilakukan di sini mendapati mereka yang berusia antara 21 dengan 39 tahun membentuk majoriti atau 67 peratus pengguna di sini.



Malah, lelaki membentuk 80 peratus daripada hampir 6,000 pengguna yang ditinjau, daripada kalangan warga Singapura dan Penduduk Tetap yang mewakili keadaan populasi penduduk yang berusia antara 21 dengan 69 tahun di republik ini.



Hasil dapatan itu dibentangkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), dari syarikat tinjauan dan penyelidikan, Milieu Insight Pte Ltd, Encik Gerald Ang, semasa diwawancara Berita Harian, baru-baru ini.



"Secara keseluruhannya, penggunaan rokok elektronik di Singapura adalah 3.9 peratus daripada keseluruhan populasi Singapura, dengan kebanyakan mereka merupakan perokok sedia ada.



"Kita panggil mereka sebagai perokok 'dwiguna' yakni merokok menggunakan rokok biasa dan juga menggunakan rokok elektronik atau produk tembakau dipanaskan, ataupun perokok 'sambilan' yang merupakan mereka yang merokok kurang daripada tiga batang sehari atau 10 batang rokok seminggu," terangnya.



Menjelaskan lanjut, Encik Ang berkata antara alasan utama perokok menggunakan kedua-dua jenis rokok - rokok tradisional dan rokok elektronik - adalah disebabkan keinginan mereka untuk mengurangkan tabiat merokok.



"Ini dinyatakan oleh 66 peratus perokok yang kami temui (secara dalam talian)," ujarnya.



Kalangan mereka yang ditinjau turut menyatakan langkah mereka menggunakan rokok elektronik atau produk tembakau yang dipanaskan adalah kerana ia tidak mengeluarkan bau yang tidak disukai oleh orang di sekeliling mereka.



"Seramai separuh atau 51 peratus daripada mereka menyatakan hal ini," ujarnya.



Dalam wawancara itu, Encik Ang menyatakan bahawa mengupas isu ketagihan merokok dan vaping merupakan satu topik yang luas dengan pelbagai faktor berkait.



"Data daripada kajian yang kami lakukan tidak cukup menyeluruh untuk memuktamadkan bahawa ia membantu mengurangkan ketagihan daripada merokok.



"Bagaimanapun, daripada pemerhatian hasil daripada tinjauan yang kami lakukan ialah, perokok biasa, yakni mereka yang merokok tiga batang rokok sehari, atau 10 batang seminggu atau lebih dan tidak menggunakan rokok elektronik, secara purata merokok 12 batang sehari," ujarnya.



Ia berbeza dengan mereka yang merokok dan menggunakan rokok elektronik atau produk tembakau dipanaskan, yang dilihat secara purata merokok empat batang rokok sehari.



"Jadi berdasarkan data ini, ia seakan menggambarkan perokok 'dwiguna' secara purata kurang merokok rokok biasa," katanya.



Dalam wawancara bersama akhbar ini, Encik Ang turut mendedahkan syarikatnya akan menjalankan kajian setiap suku tahun bagi memahami trend dan peralihan sikap pengguna kepada vaping.



"Kami harap kajian seterusnya akan membantu memaklumkan pemegang taruhan (atau pihak berkepentingan) tentang trend penggunaannya secara umum)," terang beliau.



Menyentuh tentang kemudahan perokok di sini membuat tempahan dan pembelian rokok elektronik secara dalam talian, meskipun pemerintah melarang penjualannya di sini, Encik Ang berkata, memandangkan tiada kawalan bagi ketulenan produk yang dijual, pembeli terdedah kepada risiko produk tiruan atau palsu.



"Produk sedemikian adalah bahaya untuk pengguna jika mereka tidak mempunyai maklumat lengkap bagi mengenal pasti produk tiruan atau palsu," ujarnya dan menyatakan komennya itu tidak disokong oleh data tetapi hanya ulasan secara umum.



- CHAIRUL FAHMY HUSSAINI



Nota Pengarang: Tinjauan dibuat secara dalam talian, tiada pertemuan secara fizikal dilakukan. Tukilan dalam kurungan dijelaskan demi mengelak kekeliruan atau salah faham pembaca.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >