Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

IMPIAN DAN ERTI KEJAYAAN BAGI TIGA BELIA

Guru ambil cuti buru sarjana muda bidang seni

Jan 30, 2022 | 05:30 AM



CIK Nur Halimah Jasni sudah lama memendam hasrat melanjutkan pengajian ke universiti dalam bidang seni yang beliau minati.



Setelah menunda rancangan itu buat beberapa tahun, beliau akhirnya bergelar pelajar semula Ogos lalu bagi memburu ijazah sarjana muda di Maktab Seni Lasalle.



Pada masa sama, guru seni di sebuah sekolah menengah itu turut mengambil cuti pembangunan profesional bagi tempoh sepanjang pengajian tiga tahunnya itu.



Keputusan tersebut diambilnya walaupun beberapa rakannya mempersoalkan rancangannya itu.



"Mereka tanya mengapa saya mahu melanjutkan pengajian sekarang? Mereka kata 'kan saya sudah stabil sebagai guru. Tapi bagi saya, rancangan melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sudah lama ada dalam fikiran saya. Saya mahu mempunyai ilmu lebih mendalam dalam perkara yang saya minati iaitu seni. Saya melakukan ini untuk diri saya sendiri," kata Cik Halimah, 30 tahun, yang meminati seni sejak remaja.



Beliau, seorang guru selama enam tahun, menerangkan yang kejayaan baginya tidak terkait dengan pekerjaan, tetapi lebih kepada memberi makna kepada apa yang beliau lakukan.



"Bagi saya, pekerjaan saya tidak mentakrifkan kejayaan yang saya cari. Kerja adalah sesuatu yang saya mahu lakukan kerana saya sukakan pekerjaan itu dan saya suka berinteraksi dengan anak muda. Kejayaan bagi saya ialah memberi makna kepada apa yang saya lakukan. Ini bermaksud, jika saya suka mengajar, saya menjadi guru. Jika saya suka seni, saya mengajar mata pelajaran seni," katanya yang turut berkata kejayaan bermakna mempunyai kesihatan mental yang positif.



Cik Halimah, yang belum berumah tangga, buat masa ini mempunyai Diploma dalam Rekaan Grafik dari Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa) dan Diploma dalam Pengajaran Seni dari Institut Pendidikan Nasional (NIE).



Pengajian ijazah sarjana muda dalam seni halus yang sedang diikutinya sepenuh masa kini dijangka selesai pada Ogos 2024.



Beliau, yang meminati kedua-dua seni halus dalam bentuk arca, dan juga seni digital, ke kampus hampir setiap hari bagi mengikuti kuliah dan kelas dari 10 pagi yang ada kala berterusan hingga lima petang.



Beliau kemudian akan melakukan pembelajaran sendirian hingga enam petang atau tujuh malam.



Cik Halimah, yang merancang kembali mengajar setelah tamat pengajian kelak, berharap ilmu yang diraih daripada pengajian lanjutnya itu dapat memberi manfaat kepada orang di sekelilingnya seperti pelajar dan orang lain yang minat melukis.



"Saya dapati pandemik ini telah meningkatkan lagi keinginan saya untuk melanjutkan pengajian, dan membuat saya fikir, jika bukan sekarang, bila lagi? Saya hanya mahu belajar dan meningkatkan diri saya serta membangunkan kemahiran yang saya ada," katanya.



"Kejayaan bagi saya ialah memberi makna kepada apa yang saya lakukan. Ini bermaksud, jika saya suka mengajar, saya menjadi guru. Jika saya suka seni, saya mengajar mata pelajaran seni.''
- Cik Nur Halimah Jasni, mempunyai Diploma dalam Rekaan Grafik dari Nafa dan Diploma dalam Pengajaran Seni dari NIE.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >