Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Hasrat balas jasa masyarakat kian perkuat semangat suka berkhidmat

Aug 15, 2021 | 05:30 AM



Institut Pendidikan Teknikal (ITE) telah memberi penghargaan kepada 430 pelajar yang cemerlang untuk pencapaian mereka di luar pengajian akademik dan dalam bidang seperti seni, sukan dan inovasi teknologi. Daripada 430 pelajar ini, 48 mendapat Anugerah Lee Kuan Yew (LKY) yang berprestij iaitu Anugerah Pelajar/Pelatih Model LKY, Anugerah Kokurikulum LKY (CCA), dan Anugerah Teknologi LKY. Pelajar-pelajar ini berasal dari pelbagai latar belakang dan berjaya di luar kelas, menunjukkan semangat dan keinginan untuk berjaya. BERITA MINGGU mewawancara dua daripada 48 pelajar yang menerima Anugerah LKY. Ikuti laporan berikut.



SEMANGAT Encik Danish Sufi Usyair Mohammad Sophian untuk memberi semula kepada masyarakat terserlah kerana telah berpengalaman menjadi relawan dalam sektor perkhidmatan masyarakat bagi kanak-kanak ketika di sekolah.



Pelajar Nitec dalam Perkhidmatan Perniagaan di Institut Pendidikan Teknikal Kolej Timur itu bertujuan untuk memperoleh kemahiran yang akan mempersiapkannya untuk permulaan yang baik dalam kerjayanya.



Oleh itu, beliau kini meneruskan pembelajaran Higher Nitec dalam bidang sumber manusia (HR).



Encik Danish Usyair adalah antara pelajar yang menerima Anugerah Kegiatan Kokurikulum (CCA) Lee Kuan Yew.



"Secara jujur, saya berasa emosi apabila mendapat tahu akan berita ini. Saya tidak sangka saya telah diberikan anugerah ini.



"Namun, saya sangat bangga akan pencapaian ini kerana ia bermakna kesemua usaha saya dihargai," ujar abang sulung kepada tiga adik ini.



Sebagai pengerusi Jawatankuasa Penerbitan dan Komunikasi dalam CCA Majlis Pelajar, Encik Danish memainkan peranan penting dalam menyelaraskan semua usaha pemasaran, menghasilkan video promosi dan mengawasi catatan di sosial media Majlis Pelajar itu.



Antara lain, beliau juga telah memimpin sekumpulan pelajar dalam menghasilkan video untuk kempen mengumpul dana.



Menerusi video kempen itu, mereka berjaya mengumpulkan lebih $86,000 di mana satu pertiga dana itu telah digunakan untuk menyokong keluarga yang terjejas dengan kesan ekonomi Covid-19.



Salah satu projek di bawah Majlis Pelajar yang telah meninggalkan kesan yang kuat kepada Encik Danish Sufi Usyair adalah projek relawan bersama kanak-kanak istimewa.



"Setiap pelajar dipasangkan dengan seorang kanak-kanak peringkat prasekolah yang mengalami kurang keupayaan untuk belajar.



"Pengalaman tersebut sangat berkesan bagi saya kerana ia buat saya sedar bahawa terdapat ramai yang perlukan bantuan dan itulah salah satu faktor yang mendorong saya untuk sertai sektor perkhidmatan," ujar beliau.



Beliau kemudian mengongsi harapannya agar dapat teruskan pembelajaran ke politeknik dalam bidang perkembangan masyarakat.



Dalam pada itu, Encik Danish juga bercita-cita menjadi pemimpin akar umbi serta ahli Jawatankuasa Penduduk.



"Saya ingin membantu masyarakat dengan sebanyak mungkin. Pada akhirnya, ia bukan sahaja untuk kebaikan saya. Malah, ia lebih untuk kebaikan yang lain, yang lebih memerlukan bantuan saya," tambah pelajar yang juga telah menerima pelbagai anugerah lain seperti Anugerah Perkhidmatan Bintang (Emas dan Berlian), Anugerah Bestari 4PM Kecemerlangan CCA dan Anugerah Watak Edusave.



Beliau juga sangat berterima kasih atas bimbingan Ketua Kepimpinan Pembangunan Pelajar, Bahagian Perkhidmatan di ITE Kolej Tmur, Encik Hayden Er, yang sering menasihatinya dan mendorongnya untuk menjadi pelajar yang lebih baik.



"Walaupun jika perjalanan anda kelihatan gelap dan murung, jangan putus asa dan teruskan perjalanan itu kerana akan ada cahaya dan kebaikan di hujungnya," ujarnya.




"Setiap pelajar dipasangkan dengan seorang kanak-kanak peringkat prasekolah yang mengalami kurang keupayaan untuk belajar. Pengalaman tersebut sangat berkesan bagi saya kerana ia buat saya sedar bahawa terdapat ramai yang perlukan bantuan dan itulah salah satu faktor yang mendorong saya untuk sertai sektor perkhidmatan... Saya ingin membantu masyarakat dengan sebanyak mungkin. Pada akhirnya, ia bukan sahaja untuk kebaikan saya. Malah, ia lebih untuk kebaikan yang lain, yang lebih memerlukan bantuan saya.''
- Encik Danish Sufi Usyair Mohammad Sophian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >