Huawei wajar diberi perhatian dari sudut keupayaannya mereka peranti seperti tablet MatePad yang mahu bersaing dengan tablet lebih popular seperti Apple iPad.
Syarikat asal China ini juga wajar diiktiraf kerana berupaya menghasilkan sistem operasinya (OS) yang sendiri memandangkan ia dilarang menggunakan OS Android yang popular dalam kalangan peranti mudah alih lain,
Sistem operasi HarmonyOS yang terbaru buatan Huawei mudah diguna dan hampir seakan sistem Android.
Bagi mencari alternatif kepada wadah memuat turun aplikasi Google Play, Huawei menawarkan App Gallery. Namun penggunaan App Gallery tidak selancar Google Play - kegiatan memuat turun aplikasi misalnya memerlukan beberapa langkah tambahan.
Biar demikian, desain tablet ini masih boleh dibanggakan. Ia tipis, mudah dibawa ke sana sini dan menawarkan skrin 10.4 inci 2K yang agak luas lagi jelas.
Satu lagi tarikan alat ini ialah sistem audio yang dikuasai Harman Kardon termasuk alat pembesar suara yang lantang - menawarkan pengalaman audio yang baik.
Dari sudut penggunaan bateri pula, Huawei melaporkan ia boleh bertahan dalam ciri standby selama 28 hari. Jika diguna terus menerus pengalaman wartawan menunjukkan ia boleh bertahan selama 6 jam.
Tablet ini juga serasi dengan HuaweiM-P encil (generasi ke-2) dan pelbagai jenisaplikasi mengambil nota.
Namun dari segi kelakonan ia tidak sehebat peranti lain. MatePad misalnya hanya mencatatkan markah 295 semasa menjalani ujian 3DMark Wild Life.
Huawei MatePad ditawarkan pada harga $338.