Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Ibu 3 anak imbangi kerjaya, keluarga 15 tahun dalam sektor kesihatan

Dalam laporan khas kami sempena Hari Wanita Antarabangsa, para pemimpin wanita Melayu/Islam telah membentangkan kemajuan menyeluruh yang telah dicapai kaum hawa di sini - dari segi pendidikan, kerjaya dan lain-lain lagi. Namun, melebihi pencapaian itu, apa yang menjadi kelebihan golongan wanita ialah semangat, tekad dan daya tahan mereka untuk mengatasi rintangan, halangan serta hambatan demi mencapai impian. Dalam laporan kali ini, sebagai meraikan wanita setempat, kami paparkan kisah empat wanita sedemikian.
Mar 13, 2022 | 05:30 AM



TIDAK mudah untuk melalui kehidupan sebagai seorang ibu tiga orang anak kecil, isteri dan juga jururawat setiap hari. Itulah pengakuan Cik Farhana Salim berkongsi dengan Berita Minggu (BM) apabila ditanya tentang kehidupan dan kerjaya beliau selama 15 tahun dalam industri kesihatan.



Pada mulanya, ketika berusia 20 tahun selepas tamat pengajian, Cik Farhana, 35 tahun, jururawat klinisian tidak pasti pekerjaan yang beliau akan lakukan sebagai kerjaya. Beliau merujuk pada ibunya yang memujuk beliau menjadi seorang jururawat. Pada ketika itu ibunya yang bertugas sebagai pentadbir di Hospital Universiti Nasional (NUH), berasa tersentuh melihat tugas seorang sebagai jururawat.



Beliau menurut cadangan ibunya sebagai satu dorongan dan cabaran. Keputusan tersebut membuahkan hasil kerana pada 2021, Cik Farhana yang merupakan ahli jawatankuasa Ortopedik, mempengerusikan forum ortopedik yang diadakan dua kali setahun dan juga ahli kumpulan kerja bagi tekanan kecederaan.



Bukan itu sahaja, pada 2013, Cik Farhana adalah antara individu yang terlibat dalam pembentukkan Unit Strok Akut di Hospital Khoo Teck Puat (KTPH). Beliau yang pada ketika itu merupakan seorang pelatih klinikal menjalani latihan dan ditugaskan melatih jururawat yang lain. Ini merupakan antara tanggung jawab pekerjaan beliau, bahkan beliau diberi tugas melatih bukan sahaja para jururawat yang bertugas dalam wad beliau malah para jururawat pelajar dari Institut Pendidikan Teknikal (ITE), politeknik dan Universiti Nasional Singapura (NUS).



Ibu tiga orang anak itu berkongsi bahawa pekerjaan yang kini beliau sandang bukanlah jurusan yang beliau pelajari dan minati ketika bersekolah dahulu. "Saya rasa sebab kenapa saya mampu raih kejayaan hari ini,adalah kerana doa dari ibu. Saya tak mampu lakukan ini semua tanpa dorongan beliau dan tentu sekali sokongan dari adik-beradik, suami dan anak-anak saya," kata Farhana.



Walaupun diiringi doa ibu, tanggung jawab yang digalas beliau tidak disandang tanpa cabaran.



"Masa-masa pandemik sebegini, mental dan fizikal saya diuji ke tahap di mana kadang-kadang saya rasa macam nak give-up, tapi bila teringat anak-anak di rumah, membara balik semangat saya, saya tak boleh putus asa, lebih-lebih lagi bila suami saya telah mengubah suai jadual kerja beliau, dengan menjaga anak-anak pada siang hari dan berkerja syif malam supaya saya boleh bekerja siang hari dan bersama anak pada sebelah malam," tambah beliau bila ditanya tentang sumber kekuatan dan penyokong utamanya.



"Waktu bersama keluarga adalah sesuatu yang sangat-sangat berharga bagi saya, sebab bekerja di sektor kesihatan ini memang sibuk dan tak ada masa untuk gunakan telefon bimbit pun. Jadi saya gunakan hari cuti saya bersama anak dan suami, kadang kala saya akan luangkan masa bersama ibu dan adik beradik serta keluarga mentua saya," kongsi Cik Farhana apabila ditanya bagaimana beliau mengimbangi masa bersama keluarga dan kerjayanya.



"Kadang-kadang memang tak ada aktiviti yang saya mampu untuk selitkan sebab sibuk tapi saya akan pastikan untuk tetap luangkan masa tu walaupun setakat duduk dengan anak menonton TV atau lakukan kerja sekolah mereka bersama," tambah beliau.



"Saya percaya dengan kerja keras dan keikhlasan, kita boleh mencapai apa yang kita impikan. Positif 'vibes' sangat penting. Bangga dengan apa yang anda lakukan, bangga dengan diri anda. Setiap daripada kami wanita mampu mencapai impian yang lebih tinggi, wanita perlu menyokong wanita," kata Cik Farhana untuk ibu yang bekerja.




"Waktu bersama keluarga adalah sesuatu yang sangat-sangat berharga bagi saya, sebab bekerja di sektor kesihatan ini memang sibuk dan tak ada masa untuk gunakan telefon bimbit pun. Jadi saya gunakan hari cuti saya bersama anak dan suami, kadang kala saya akan luangkan masa bersama ibu dan adik beradik serta keluarga mentua saya.''
- Cik Farhana Salim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >