Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

NUR AMELIA: SARJANA MUDA DALAM KERJA SOSIAL DI UNIVERSITI SAINS KEMASYARAKATAN (SUSS)

Ingin gunakan ilmu pertingkat perkembangan kanak-kanak

Oct 18, 2021 | 05:30 AM



SEMANGATNYA untuk bekerja bersama kanak-kanak berputik sejak pelibatannya dalam kegiatan kokurikular (CCA) semasa di sekolah menengah.



Cik Nur Amelia Mohd Ali, 24 tahun, menceritakan bahawa Kelab Interaksi yang disertainya sejak menengah dua di Sekolah Menengah Dunman, memberikannya kesempatan untuk mengambil bahagian dalam projek perkhidmatan yang bermanfaat.



Antaranya adalah menjadi mentor dan membantu acara rehabilitasi yang melibatkan kanak-kanak serta keluarga.



"Dengan interaksi sedemikian, saya menyedari betapa pentingnya zaman kanak-kanak dalam perkembangan dan pembangunan anak itu," ujar anak ketiga empat beradik itu.



Justeru itu, Cik Amelia bertekad untuk mengejar minatnya dan telah lulus dengan ijazah sarjana muda dalam kerja sosial di Universiti Sains Kemasyarakatan (SUSS).



Di samping itu, beliau juga minor dalam psikologi, kursus yang beliau ambil ketika di peringkat politeknik.



"Pengajian kerja sosial melengkapkan saya dengan pengetahuan yang berlainan dan kemahiran yang berbeza.



"Dengan ini, saya ingin menyumbang apa yang telah saya pelajari untuk memperbaiki lagi kehidupan kanak-kanak yang memerlukan," jelasnya.



Sambil menambah, Cik Amelia mengongsi akan cabaran yang telah dihadapinya ketika masih belajar di SUSS.



"Ketika masih belajar, cabaran utama adalah saya harus mengimbangi masa sebagai sukarelawan dan pelajar.



"Saya telah menjadi sukarelawan di sebuah badan tidak meraih keuntungan (NPO) di Learn Love Live.



"Sebagai seorang mentor, saya mengajar dan membimbing kanak-kanak dari golongan keluarga berpendapatan rendah, terutama murid dari darjah satu hingga darjah tiga," ceritanya yang telah meluangkan masa setiap Sabtu sekitar dua jam selama dua tahun.



Kini, dengan pekerjaan sepenuh masa sebagai seorang guru gantian di sebuah tajaka, Cik Amelia tetap cuba untuk membantu dan menjadi relawan, sebulan sekali.



"Sokongan ibu bapa saya sangat memberangsangkan. Itulah antara faktor utama yang mendorong saya untuk meneruskan pengajian dan pada masa yang sama membantu menjadi relawan", ujarnya.



Cik Amelia menambah, ibu bapanya telah banyak berkorban demi kejayaan anak-anak mereka.



Mengulas lebih lanjut akan pekerjaannya sekarang, beliau mengatakan bekerja di tajaka memberinya kesempatan yang baik untuk menimba pengalaman bekerja bersama kanak-kanak.



Menurutnya, beliau mempunyai rancangan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana secara dalam bidang berkaitan kanak-kanak.



Cik Amelia meluahkan hasrat ingin menjadi spesialis dalam perkhidmatan penjagaan kanak-kanak pada masa depan.



"Ini berkaitan dengan apa yang saya percayai iaitu perkembangan kanak-kanak sangat penting dalam kehidupan. Pada masa yang sama, oleh kerana ia bukan sesuatu yang biasa di Singapura, saya harap saya dapat meningkatkan kepekaan hal ini di Singapura".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >