Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

SEKITAR RAMADAN

Insaf, perbanyak ibadah digalak dalam hadapi cabaran

Walaupun Ramadan ini disambut dalam keadaan lebih baik daripada tahun lalu, ujian Covid-19 belum berakhir
Apr 17, 2021 | 05:30 AM



TERDAPAT enam sifat Rasulullah saw yang sudah dikenal pasti dari awal oleh seorang wanita unggul.



Beliau ialah ummul mukminin, atau ibu orang-orang islam, isteri Rasulullah saw yang bernama Sayidatina Khadijah Khuwailid ra.



Pada suatu hari, beliau menyebut keenam-enam sifat ini di hadapan Rasulullah saw tatkala baginda dalam keadaan panik, dalam keadaan gerun, dalam keadaan serba salah.



Beliau menyatakan kepada Rasulullah saw:



Enam sifat Rasulullah



Yang pertama, engkau adalah orang yang suka menyambung tali silaturahim.



Kedua, engkau adalah orang yang sentiasa berbicara benar.



Ketiga, engkau adalah seorang yang suka meringankan keadaan orang yang sedang menanggung beban.



Keempat, engkau adalah orang yang suka menolong orang yang mempunyai masalah atau orang yang memerlukan pertolongan.



Kelima, engkau adalah seorang yang suka memuliakan tetamu.



Dan keenam dan terakhir, engkau adalah orang yang suka membantu orang yang dilanda musibah.



Itulah enam sifat yang disebut oleh Sayidatina Khadijah ra.



Dan keenam-enam sifat ini amat baik kita semai dalam diri kita.



Kita membentuk sifat-sifat ini dalam ahli keluarga kita, isteri dan anak-anak kita, dan adalah lebih baik juga jika keenam-enam sifat ini, yang ada dalam diri kita, kita paparkan, kita tonjolkan pada saat kita berinteraksi dengan orang di sekeliling kita, baik jiran tetangga mahupun sahabat handai, dan apabila kita berada di tengah-tengah masyarakat.



Lebih-lebih lagi, kita kiki berada dalam bulan Ramadan al-mubarak yang suci.



UJIAN BELUM BERAKHIR



Ramadan kali ini yang kedua kita jalani dalam suasana Covid.



Meskipun keadaan kita sekarang jauh lebih baik kita bandingkan keadaan tahun lepas, namun ujian kita belum berakhir.



Adalah digalakkan dalam situasi kita berada dalam keadaan ujian dan cabaran, kita insaf, rendah hati, mengukuhkan balik hubungan kita dengan Allah, memperbaiki hubungan kita dengan Allah melalui ibadat, melalui apa jua perkara yang mendatangkan ketaatan pada Allah.



Pada masa sama, kita juga memperbaiki hubungan kita sesama insan dengan memaparkan akhlak dan nilai-nilai terpuji. Ini akan membantu kita dalam situasi getir.



Kita akan sentiasa dapat bersenyum walaupun keadaan sekeliling dalam muram, agar kita berasa lapang meskipun kita dalam ruang terbatas dan sempit, agar kita merasa ketenangan meskipun dalam ujian dan rintangan.



Lebih-lebih lagi sebagai orang beriman, kita tidak harus putus harap daripada rahmat Allah.



Dan rahmat Allah akan hampir, akan datang, akan menyusuli pada akhir detik usaha ikhlas manusia.



Ingat, akan pesan Allah dalam Al-Quran melalui lisan Nabi Musa as ketika baginda bersama Bani Israel dalam keadaan getir, dalam keadaan payah kerana Firaun dan bala tenteranya hampir menyusul perjalanan mereka.



Nabi Musa dengan penuh yakin dan sentiasa mengharapkan rahmat Allah berkata: "Sesungguhnya Tuhanku berada bersamaku dan Tuhanku akan memberi petunjuk kepadaku."



Dan jangan lupa pesan Allah yang sering kita dengar dan kita hafal, bermaksud 'Maka, sesungguhnya berserta kepayahan ada kemudahan dan sesungguhnya berserta kepayahan ada kemudahan.'



Insya-Allah, Allah akan mengangkat kepayahan yang sedang kita alami dan mengembalikan keadaan kita baik sedia kala, seperti yang telah kita lakukan atau kita jalani sebelum ini.



  • Penulis Penolong Pengarah, Penilaian, Pejabat Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS).


ENAM SIFAT NABI YANG DISEBUT KHADIJAH



- Suka sambung tali silaturahim



- Sentiasa bercakap benar



- Suka ringankan keadaan orang sedang menanggung beban



- Suka tolong orang mempunyai masalah atau orang memerlukan pertolongan



- Suka muliakan tetamu



- Suka bantu orang dilanda musibah




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >