Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Isu hutang: Dikupas daripada sudut Islam dan undang-undang

Apa perlu dilakukan sekiranya ahli keluarga meninggal dunia tetapi masih ada hutang?
Jan 26, 2023 | 05:30 AM



Pepatah seperti "hutang emas boleh dibayar" dan "hutang budi dibawa mati " biasa kita dengar.



Oleh itu, perkataan 'hutang' itu bukanlah sesuatu yang asing dalam masyarakat Melayu/Islam di Singapura.



Bahkan, konsep 'hutang' ini juga sering menimbulkan tanda tanya atau kontroversi dalam masyarakat Melayu/Islam di sini.



Dalam podcast #NoTapis kali ini, isu ini dikupas dengan lebih mendalam bersama tetamu khas iaitu Ustaz Khairani Basiran, Ketua Perhubungan Strategik dan Penglibatan Masyarakat di Masjid En-Naeem dan Mohammad Rizuan Mohammad Yasin, Pengarah Urusan di Emerald Law LLC.



Kebanyakan orang Melayu/Islam prihatin tentang hutang kerana ramai yang berpendapat ia mempunyai implikasi bagi mereka bukan sahaja di dunia, tetapi juga di akhirat.



Salah satu pertanyaan yang sering dikemukakan ialah apakah hukum berhutang dalam Islam?



Menurut Ustaz Khairani, hutang dibolehkan di dalam Islam dan bukan sesuatu yang haram.



Dan hutang juga tambahnya, sama ibarat satu pinjaman yang dibuat dengan niat untuk membayar balik wang yang telah dipinjam itu.



Walau bagaimanapun, beliau menasihati ia bukan sesuatu yang digalakkan dan wajar dielakkan serta jika harus dilakukan, ia tidak boleh diperlakukan dengan sesuka hati.



"Jika seseorang itu perlu berhutang ia adalah kerana untuk membeli perkara yang asas dan tiada cara lain dan bukan untuk membeli barang mahal misalnya.



"Pendek kata hutang ini merupakan pilihan terakhir," katanya.



Beliau turut menyentuh tentang pinjaman atau hutang yang diambil misalnya daripada bank untuk membeli rumah.



"Kita juga perlu kembali kepada persoalan asas, adakah rumah itu satu keperluan? Jika ya, maka pinjaman boleh dibuat tetapi dengan niat kita mampu membayarnya semula.



"Apa pun, kita perlu ukur baju di badan sendiri dan membuat penilaian terlebih dahulu tentang kemampuan status kewangan kita sama ada ia mencukupi untuk membayar balik pinjaman yang dibuat," katanya lagi.



Selain ini, adakah kita perlu bimbang jika ada ahli keluarga kita yang mempunyai hutang, dan jika kita perlu membayar semula hutang-hutang tersebut seandainya ahli keluarga tersebut meninggal dunia sebelum melunaskan hutang-hutangnya?



Peguam Encik Mohammad Rizuan berkata:



"Waris-waris tidak perlu membayar daripada poket mereka sendiri."



Namun pentadbir yang menguruskan estet orang yang meninggal itu perlu mempunyai tanggungjawab untuk membayar balik pemiutang.



Di samping itu, podcast itu turut menyentuh tentang hutang berkaitan agama misalnya puasa atau solat tertunggak oleh si mati.



Menurut Ustaz, ahli waris perlu menitikberatkan soal ini tetapi ini perlu mengikut keadaan.



"Sekiranya yang meninggal itu, meninggal dalam keadaan tidak mampu membayar balik puasanya, misalnya, maka ahli waris boleh membayar balik fidyahnya.



"Tetapi jika yang meninggal itu, meninggal dalam keadaan mampu berpuasa, maka ahli waris perlu berusaha terlebih dahulu untuk mengqadakan puasa tersebut dan jika tiada waris yang mampu, makanya barulah dibayar fidyah," kata beliau.



Banyak lagi yang dikongsi oleh kedua-dua tetamu #NoTapis mengenai hutang yang meliputi hukum syariah serta undang-undang.



Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang semua jenis hutang atau pinjaman dan kesannya terhadap diri kita semasa hidup ataupun sepeninggalan kita, ikutilah podcast #NoTapis ini.



Anda boleh mengimbas kod QR, ke Spotify atau ke beritaharian.sg/podcasts




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >