Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Jamu selera dengan juadah Raya istimewa

Golden Chef menawarkan aneka jenis produk yang boleh membantu anda
menyediakan hidangan apabila anda meraikan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Lengkapi hidangan anda dengan aneka jenis minuman LIFE.
Apr 12, 2023 | 10:33 AM



MEMASAK aneka juadah lazat merupakan satu tradisi semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.



Selain lauk pauk tradisional Hari Raya seperti rendang, sambal goreng pengantin atau ayam masak merah yang disajikan bersama ketupat atau lontong, ada juga mungkin menyediakan hidangan lebih ‘simple’ seperti daging atau ayam masak kicap atau aneka jenis hidangan mi atau nasi.



Bagi membantu anda memasak hidangan enak buat keluarga atau tetamu anda, jenama masakan Asian premium Golden Chef dari FairPrice menawarkan pelbagai jenis bahan masakan bermutu untuk keperluan masakan harian pada harga berpatutan.



Golden Chef sebenarnya terkenal dengan abalon dan makanan laut dalam tin gred premium. Malah, jenama abalon Golden Chef paling laris dijual di FairPrice selama lima tahun berturut-turut sejak 2018.



Kini, produk Golden Chef telah berkembang dan ia antaranya menawarkan beras organik Thailand, pes rempah Singapura, sos kicap soya cair atau pekat premium, sos tiram dengan kerang scallop kering, sos abalon, minyak bijan tulen dan sos salad Jepun.



Justeru, apa kata anda mencuba pes rempah Singapura Golden Chef yang disahkan halal dan mempunyai empat macam perisa iaitu kari ayam, laksa, bihun sate dan rendang.







Pes rempah perisa kari ayam, laksa dan rendang sudah dicampur dengan santan.

Anda hanya perlu memasukkan bahan-bahan ke dalam pes rempah seperti ayam, daging atau mi dan hidangan siap dimasak untuk sajian buat keluarga atau tetamu yang berkunjung.



Kondimen yang baru dihasilkan pada Disember tahun lalu, sos kicap soya cair atau pekat premium Golden Chef, bakal membuat hidangan anda lebih sedap.



Diperbuat daripada kacang soya bukan GMO dan gandum yang dihasilkan secara semulajadi dengan rasa soya pekat, sos kicap dengan sijil halal ini bebas kolesterol dan lemak trans.



Sos kicap soya pekat juga mempunyai Simbol Pilihan Lebih Sihat kerana ia mempunyai kandungan gula yang rendah.



Seandainya anda memasak sup atau lauk-pauk bergoreng, menggunakan sos tiram dengan kerang scallop kering Golden Chef, anda disarankan menggaulkan sos tiram di hujung masakan supaya rasa umami tidak kehilangan akibat masak terlalu lama.



Sos tiram yang disahkan halal ini juga boleh menggantikan garam - pastikan anda rasa masakan anda untuk memastikan hidangan tidak terlalu masin.



Sos tiram ini mengandungi 25 peratus kandungan sodium yang lebih rendah daripada sos tiram lain dan bebas kolesterol, lemak dan lemak trans. Ia mempunyai Simbol Pilihan Lebih Sihat.



Selain itu, sos abalon Golden Chef juga dihasilkan pada Disember tahun lalu dengan formula yang diperbaiki dan mempunyai 25 peratus kandungan sodium yang lebih rendah berbanding dengan sos abalon lain.



Sos abalon dengan sijil halal ini mempunyai Simbol Pilihan Lebih Sihat dan diperbuat di Singapura. Sos ini sesuai digunakan untuk memerap daging atau ayam atau memasak lauk-pauk secara bergoreng atau hidangan stu.



Minyak Bijan Tulen 100% Golden Chef yang disahkan halal mempunyai rupa baru tetapi kekal dengan mutu berkualiti.



Diperbuat di Singapura, ia mengandungi 25 peratus lemak tepu yang lebih rendah berbanding minyak bijan yang lain dan bebas kolesterol dan lemak trans.



Sekiranya anda ingin menghidangkan jamuan lebih sihat seperti salad semasa Hari Raya nanti, Golden Chef menawarkan sos salad dalam dua perisa, Japanese Roasted Sesame (bijan panggang Jepun) atau Sesame Soy Dressing (dresing kacang soya bijan), yang dihasilkan secara asli di Jepun.



Sos salad yang disahkan halal ini juga boleh digunakan sebagai sos cecahan.

Lantaran itu, mari sediakan aneka jenis hidangan menyelerakan dengan produk-produk Golden Chef menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.



 




 







Minuman LIFE untuk semua, pada setiap saat


MINUMAN jenama LIFE melengkapi santapan anda semasa anda menjamu selera semasa meraikan Hari Raya Aidilfitri nanti.



Sejajar dengan cogan kata jenama LIFE - bersedia untuk hari itu, bersedia untuk hidup.

Terdapat minuman LIFE untuk semua, pada setiap saat - minuman LIFE dapat menghilangkan rasa haus selain menjadi minuman sihat dan menyegarkan buat tetamu yang datang kunjung-mengunjung nanti.



Jenama LIFE menawarkan minuman Asian yang disahkan halal dan dihasilkan secara tradisional di Taiwan, tanpa bahan pengawet atau pewarna tiruan.



Pilih daripada lima jenis perisa iaitu Teh Kurma Merah tanpa perisa tiruan,



Jus Buah Belimbing Gula Batu yang mengandungi Vitamin C dengan rasa manis dan menyegarkan, minuman Tebu Merah dan Berangan Air yang menyejukkan,



Teh Bunga Kekwa dengan Beri Goji yang mempunyai rasa bunga yang menyenangkan, dan Teh Herba yang menggunakan bahan semula jadi, mengandungi kurang gula dan mempunyai Simbol Pilihan Lebih Sihat.



Selain itu, jenama LIFE turut menawarkan aneka jenis teh yang dihasilkan di Jepun.

Minuman teh dalam empat perisa ini menggunakan daun teh bermutu tinggi dan mempunyai Simbol Pilihan Lebih Sihat kerana ia mempunyai pilihan tiada gula atau kurang gula.



Nikmati minuman Teh Hijau Jepun Tanpa Gula yang dihasilkan daripada daun teh dari kawasan prefecture Kagoshima di Jepun, salah sebuah tempat teh hijau yang terkenal di Jepun.



Jika anda gemar teh hijau dengan aroma bunga, apa kata anda mencuba minuman Teh Hijau Bunga Melati Kurang Gula.



Minuman Teh Oolong Tanpa Gula pula sesuai diminum selepas menikmati jamuan hidangan Hari Raya yang mungkin berlemak dan berminyak.



Daun teh Oolong berasal dari gunung-ganang Wuyi di China.



Selain itu, Teh Lemon Kurang Gula mempunyai rasa lemon dan teh yang menyegarkan. Teh ini diperbuat daripada daun teh hitam dari Sri Lanka.



Namun, selepas meminum aneka jenis minuman manis, air sahaja sudah mencukupi untuk menghilangkan rasa haus.



Justeru, adalah baik jika anda menyimpan air botol jenama LIFE di dalam rumah. Jenama LIFE menawarkan tiga jenis air iaitu air alkalin LIFE, air suling LIFE dan air Canadian Glacial Water LIFE.



Air alkalin LIFE dihasilkan di Singapura. Ia dimurnikan dengan nano menggunakan teknologi Nano-Artesian®, meniru tekanan akuifer bawah tanah semula jadi dan mempunyai pH-seimbang dengan nilai 8.5.



Air suling LIFE pula dibersihkan menggunakan kaedah pembersihan lanjutan dan bebas daripada kekotoran.



Air Glasial Canadian LIFE berasal dari glasier purba di Coast Mountains di British Columbia, Canada. Air ‘jernih’ ini mempunyai molekul kecil yang mudah diserap dan bermineral sederhana. Ia bebas daripada klorin, fluorida, mineral lead, arsenik, tembaga dan nitrogen–nitrat.



Ayuh, kekal hidrat semasa Ramadan dengan minuman LIFE dan nikmatinya pada Hari Raya Aidilfitri nanti.



Semua produk Golden Chef dan Life boleh didapati secara eksklusif di NTUC FairPrice.



Artikel ini dibawakan oleh FairPrice.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >