Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

JALUR BUDAYA GEYLANG SERAI

Joo Chiat Complex bakal dibaik pulih

Dec 19, 2021 | 05:30 AM



BANGUNAN beli-belah Joo Chiat Complex juga akan menjalani kerja-kerja pemodenan dan pengubahsuaian dari suku ketiga 2023.



Satu gerbang gah akan dibangunkan di simpang empat di hadapan Joo Chiat Complex, sebagai menandakan pintu masuk utama ke Jalur Budaya Geylang Serai yang kini sedang menjalani pembaharuan untuk menjadikannya lebih bertenaga.



Gerbang itu akan melambangkan peralihan dari bekas penempatan Melayu ke kawasan masyarakat yang kontemporari dan bersemangat.



Jalur itu merangkumi kawasan Tanjong Katong Complex (TKC) hingga Kelab Masyarakat (CC) Kampong Ubi, iaitu sepanjang Geylang Road dan Sims Avenue.



Ini bagi memaparkan identiti budaya dan warisan Geylang Serai yang kukuh dan mengukuhkan peranan kawasan itu sebagai destinasi untuk ditujui bagi menikmati budaya Melayu, menurut Menteri Di Pejabat Perdana Menteri dan pengerusi Jalur Budaya Geylang Serai Dr Mohamad Maliki Osman.



Baru-baru ini, Penguasa Tanah Singapura (SLA) mengumumkan rancangan untuk menaik taraf TKC dari Ogos 2023 dan dijangka siap pada Julai 2026.



Kerja-kerja naik taraf kepada permukaan bangunan Joo Chiat Complex, yang dimiliki Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), akan dilakukan untuk melengkapkan reka bentuk bangunan-bangunan sekelilingnya sambil mengekalkan beberapa ciri unik bangunannya melalui penggunaan elemen reka bentuk utama, palet warna dan bahan binaan.



Kerja-kerja pengubahsuaian permukaan kompleks itu termasuk mengecat semula, menggantikan atau mendandani sirip bangunan konkrit sedia ada, pemasangan lampu LED dan penggantian kanopi.



Di antara kerja-kerja naik taraf Joo Chiat Complex juga termasuk pengubahsuaian pintu masuk utama, plaza terbuka berhampiran tempat turun dan naik kenderaan, laluan penghubung terlindung dan kawasan landskap.



"Pintu masuk utama akan diubah suai untuk menjadi lebih menarik, terang dan menarik lebih ramai orang.



"Ruang di luar Joo Chiat Complex pula akan dijadikan plaza acara bagi meraikan perayaan utama dan berfungsi sebagai lanjutan kepada jalur budaya Geylang Serai yang lebih luas,'' kata Dr Maliki, dalam jawapan bertulis kepada Berita Minggu (BM).



Sebuah bumbung besar akan dibangunkan bagi memberi perlindungan daripada cuaca panas atau hujan dan menyediakan sekitaran yang sesuai dinikmati semua.



Bagi plaza terbuka berhampiran tempat turun dan naik kenderaan, ia akan dilengkapkan dengan perabot yang sesuai untuk menjadi tempat awam baru yang lebih menarik bagi pengunjung.



Untuk mengurangkan kesesakan kenderaan di tempat turun dan naik kenderaan yang terletak di Joo Chiat Road, ia akan direka untuk menyepadukannya dengan tempat awam baru tanpa menjejas pergerakan dan keselamatan pejalan kaki.



Laluan penghubung terlindung dari Blok 1 Joo Chiat Compex akan disambungkan dengan laluan penghubung terlindung sedia ada Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) untuk menyediakan laluan terlindung yang lancar bagi pejalan kaki ke perhentian bas di sepanjang Jalan Changi.



Kawasan landskap dalam sempadan Joo Chiat Complex dan di tepi jalan berhadapan Changi Road dan Joo Chiat Road akan dipertingkat lagi bersesuaian dengan tema keseluruhan Jalur Budaya Geylang Serai.



Pengubahsuaian yang dirancangkan mengambil kira maklum balas yang banyak diterima daripada sesi pendampingan masyarakat yang dianjurkan dua tahun lalu untuk mendapatkan idea bagi membangunkan jalur budaya yang istimewa dan tersendiri.



Sesi itu termasuk bengkel, perbincangan kumpulan fokus serta tinjauan dalam dan luar talian yang mengumpul lebih 10,000 maklum balas daripada orang ramai merentasi segmen masyarakat berbeza.



Pembangunan jalur budaya itu tidak sekadar melibatkan penaikan taraf fizikal dan seni bina, sebaliknya ruang fizikal mesti dihidupkan menerusi program budaya yang dinamik bagi meraikan warisan kawasan itu dan terus menghidupkan budaya Melayu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >