Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

DUNIA DIGITAL

Kamera bermutu dalam Oppo Reno7 Pro 5G

Telefon bijak Reno7 Pro 5G naikkan nama Oppo
Mar 09, 2022 | 09:16 PM



DALAM era keseronokan warga menonjolkan diri di media sosial, pertimbangan utama apabila memilih telefon bijak baru lazimnya ialah mutu kameranya.



Tidak hairanlah Oppo Reno7 Pro 5G yang dilancarkan baru-baru ini menampilkan kemudahan kamera yang menarik lagi bermutu tinggi. 



Oppo Reno7 Pro mempunyai sebuah kamera 32MP pandang depan yang mudah diguna untuk swafoto. Di belakang pula terdapat sebuah kamera 50MP (IMX766) untuk imej resolusi tinggi, sebuah kamera 8MP untuk pemandangan luas, sebuah kamera 2MP untuk gambar makro atau jarak dekat dan sensor suhu warna.



Reno7 Pro juga menawarkan Sistem Kamera Potret Utama yang dilengkapi dengan dengan dua sensor bermutu tinggi iaitu IMX709 dan IMX766.



Sensor IMX709 misalnya dihasilkan dengan kerjasama Sony, pembuat kamera terkemuka dunia. Sensor ini menampilkan reka bentuk tata susunan piksel putih yang tidak terdapat dalam sensor biasa. Piksel putih ini lebih sensitif pada cahaya justeru berupaya merakamkan spektrum warna penuh. Hasilnya imej lebih bercahaya, lebih terang lagi berwarna.



Terdapat ciri Portret yang membantu pengguna menghasilkan swafoto dengan efek bokeh atau imej latar yang dikaburkan bagi menonjolkan subjek yang diambil. Lebih menarik, anda boleh mengawal kadar bokeh ikut selera anda. 



Ciri Night pula membolehkan anda merakamkan foto dalam keadaan kurang cahaya atau pada waktu malam. Misalnya semasa mengambil foto di laman belakang rumah pada waktu malam dengan hanya cahaya dari rumah jiran, kamera ini dapat merakamkan gambar daun pohon berhampiran dengan jelas. 



Sekali pandang, reka bentuk telefon bijak ini jelas menampilkan gambaran telefon kelas atas. Tubuhnya yang ramping (7.5mm) lagi ringan (180g) juga menjadi antara tarikan utama peranti ini. Biarpun tipis, permukaan telefon ini tidak terlalu licin dan anda boleh menggengamnya dengan selesa.



Dari segi keupayaan Oppo melengkapi alat ini dengan hadwe terbaru seperti MediaTek Dimensity 1200 MAX 5 G SoC - salah satu cip memproses terpantas masa kini. Cip ini juga membuka pintu untuk permainan video yang lancar, perhubungan terkini menggunakan telekomunikasi 5G.



Ujian 3DMark Wild Life menunjukkan telefon ini mencatatkan markat 4,246 - menempatkannya pada tahap 71 peratus lebih baik berbanding telefon bijak lain.



Oppo juga menggabungkan sistem pengecas 65 W Supervooc yang menjanjikan tempoh pengecasan yang pantas. Anda berupaya mengecas bateri hingga tahap 100 peratus dalam masa hanya 31 minit. 



Satu lagi pembaharuan ialah sofwe memproses ColorOS 12 yang dimuatkan dalam telefon bijak ini. Pendek cerita selain kemudahan menggunakan telefon serta mengakses makluma yang disimpan, satu tarikan utama ColorOS 12 ialah ciri keselamatan dan perlindungan privasi.



Sebagai contoh, terdapat ciri notifikasi antiintip. Apabila didayakan, ciri akan menyembunyikan mesej yang timbul bagi mengelak orang berdekatan mengintip mesej anda.



Oppo Reno7 Pro 5G kini ada dipasaran dan boleh didapati pada harga bermula $999 di wadah rasmi Oppo di Shopee dan Lazada. Pelangan boleh memilih warna Starlight Black (hitam) atau Startrails Blue (biru).



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >