Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Karya dan penyair Melayu diangkat di pentas sejagat

Antara lebih 130 acara yang diketengahkan di Pesta Penulis S'pura 2020
Oct 22, 2020 | 05:30 AM



USAHA meningkatkan nilai dan mutu kepenyairan Melayu tanah air terus meraih sokongan dan dorongan apabila kedua-dua - karya dan penyair - ditampilkan di pentas antarabangsa.



Dek Covid-19, Pesta Penulis Singapura (SWF) 2020 anjuran Majlis Seni Kebangsaan (NAC) yang berlangsung antara 30 Oktober dengan 8 November ini, ditampilkan secara maya.



Bertemakan 'Keintiman', SWF 2020 meneliti dan mengupas isu-isu berteraskan masyarakat, keasingan, kesihatan mental, keperluan jalinan hubungan fizikal dan emosi serta soal keintiman yang boleh digambarkan di tengah-tengah pandemik koronavirus dan kurangnya sentuhan manusiawi.



Antara lebih 130 acara yang diketengahkan bagi pesta kali ini, terdapat beberapa acara sastera yang mengangkat karya dan mengetengahkan penyair Melayu setempat.



Paling menarik, pesta penulis antarabangsa yang bermula pada 1986 ini buat julung-julung kalinya menampilkan Perkumpulan Seni (PS), yang memberi ruang dan peluang kepada badan kesenian mapan ini menampilkan lima pereka tari bagi mengangkat karya enam penyairnya.



"Keintiman merupakan siri video yang menggabungkan penata tari veteran dan sasterawan dalam menonjolkan keindahan puisi dan keanggunan tarian Melayu.



"Enam video ini menampilkan muzik dan gerak tari yang diilhamkan daripada puisi karya sasterawan ulung dan penulis mapan Perkumpulan Seni seperti Usman Awang, A Ghani Hamid, Basiran Hamzah, Sapiee Ahmad Razaly, Samsudin Said dan Alang Budiman," kata NAC menerusi catatan di laman SWF.



Episod pertama Keintiman #1 akan disiarkan pada 30 Oktober ini, mulai 9.10 malam.



Ia menampilkan sajak Detik Yang Menikam karya Abdul Ghani Hamid (Allahyarham).



Kesemua episod ditayangkan dalam bahasa Melayu dengan sari kata, yakni terjemahan sajak-sajak yang dideklamasikan, dalam bahasa Inggeris.



Persembahan selanjutnya ditayangkan setiap hari pada 9.10 malam seperti berikut:



  • Episod #2 - Akar Tunjang, Samsudin Said, Sabtu, 31 Oktober

  • Episod #3 - Suara, Sapiee Ahmad Razaly, Ahad, 1 November

  • Episod #4 - Kekasih, Usman Awang (Allahyarham), Isnin, 2 November

  • Episod #5 - Seorang Ibu, Basiran Haji Hamzah (Allahyarham), Selasa, 3 November; dan

  • Episod #6 - Bila Kemuncak Rindu, Alang Budiman, Rabu, 4 November

Menerusi tayangan enam episod ini, orang ramai dapat menyaksikan penterjemahan sajak mereka ke dalam bentuk tarian hasil pereka tari Perkumpulan Seni - Muhammad Noramin Mohamed Farid, Mohd Kamal Ridzuan, Mohd Kamel Ridzuan, Ramlan Rasidi dan Suleha Jumaat.



Dua penyair, Sapiee Ahmad Razaly dan Alang Budiman, mendeklamasikan karya mereka sendiri, manakala karya-karya lain dideklamasikan oleh penggiat seni PS - Salenah Isnin, Muhammad Irsadi Munaris; Mohd Jamil Yunos; dan, Muhammad Ibrahim Haron.



Selain itu satu sesi perbincangan bertajuk 'Bait-bait Puisi Penghubung Jiwa' akan berlangsung pada Sabtu, 31 Oktober, antara 10.30 dengan 11.30 pagi, menampilkan penulis Samsudin Said dan Noorhaqmal Mohamed Noor atau lebih dikenali sebagai Aqmal N.



Menerusi sesi itu, penonton akan berpeluang mengetahui secara dekat akan pendekatan mereka dalam berkarya, dari sudut pemilihan kata-kata kepada "bentuk dan jenis puisi yang masih akrab dalam jiwa para panelis sehingga menjadi inspirasi untuk karya-karya mereka".



Penulis, Nur-El-Hudaa Jaffar, pula tampil dalam sesi bercerita 'Di Mana Rumah Saya' yang dikhaskan untuk kanak-kanak berusia antara empat dengan enam tahun.



Selain itu, tiga penulis lain - Jamal Ismail, Noor Aisya Buang dan Hafiz Aziz - ditampilkan dalam satu lagi sesi perbincangan bertajuk 'Keakraban dan Keterasingan dalam Sastera'.



Semasa acara yang berlangsung pada 7 November antara 10.30 dengan 11.30 pagi ini, orang ramai akan berpeluang mengikuti perkongsian tentang konsep 'akrab' dan 'terasing' yang berubah pemaknaannya dalam keadaan pandemik.



"Melalui karya sastera, konsep-konsep ini telah banyak diterokai. Cerita-cerita hantu, anekdot daripada penggali kubur dan juga kisah tentang warga emas meniti hujung usia terakam dalam karya-karya ahli panel.



"Apakah akrab itu perlu "dekat" dan apakah terasing itu perlu "berjauhan"? Bolehkah kita akrab dalam kejauhan atau jauh dalam keakraban?," antara perkara yang akan dikupaskan semasa sesi ini.



Orang ramai boleh membeli pas khas bernilai $20 yang membolehkan mereka menonton dan menikmati lebih 130 acara SWF 2020.



Berbekalkan pas itu, anda boleh menyaksikan acara kesukaan ramai seperti sesi perbincangan bersama penulis undangan, ceramah, bengkel, pembacaan karya menerusi penyiaran langsung dan juga tayangan video-ataspermintaan (video-on-demand).



Pas Digital Festival itu boleh dibeli di swf2020-live.sistic.com.



Butiran lanjut tentang SWF 2020 boleh didapatkan di https://www.singaporewritersfestival.com/




"Keintiman merupakan siri video yang menggabungkan penata tari veteran dan sasterawan dalam menonjolkan keindahan puisi dan keanggunan tarian Melayu. Enam video ini menampilkan muzik dan gerak tari yang diilhamkan daripada puisi karya sasterawan ulung dan penulis mapan Perkumpulan Seni seperti Usman Awang, A Ghani Hamid, Basiran Hamzah, Sapiee Ahmad Razaly, Samsudin Said dan Alang Budiman."
- NAC mengenai Pesta Penulis Singapura yang buat julung kali mengetengahkan Perkumpulan Seni. Ia menampilkan lima pereka tari bagi mengangkat karya enam penyairnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >