Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

KESAN PANDEMIK

Kedai barangan ibadah haji, umrah turut rasa 'tempias'

Pengurus kedai kini ingin beralih ke niaga dalam talian
Feb 28, 2021 | 05:30 AM



JIKA dahulu ia menjadi antara produk yang laris terjual, kini kain ihram, telekung putih dan 'tali pinggang haji' hanya tersusun rapi di satu sudut, bagai tidak disentuh buat sekian lama.



Pandemik Covid-19 bukan sekadar menjejas ibadah haji dan umrah, malah perniagaan yang menyediakan khidmat khusus untuk bakal jemaah juga merasa 'tempiasnya'.



Terletak bersebelahan Masjid Sultan di North Bridge Road, kedai Haji V. Syed Abu Thahir Trading Pte Ltd pernah menjadi antara yang sering dikunjungi bakal jemaah haji dan umrah yang ingin mendapatkan peralatan serta perkakas khusus sebelum berangkat menunaikan tanggungjawab sebagai seorang umat Islam.



Namun, kini suasana di sana amat berbeza kerana perniagaannya semakin hari semakin sepi dan lengang.



"Perniagaan utama kami banyak bergantung kepada jemaah yang akan menunaikan haji atau umrah.



"Dalam masa sehari itu, ada juga sekitar dua atau tiga pelanggan yang datang... ada di antara mereka merupakan pelanggan tetap kami.



"Beginilah keadaan sejak Covid-19 bermula, perniagaan kami terjejas hampir lebih 50 peratus," kata pengurus gerai itu, Encik Shahul Hameed Md Yusoff.



Dengan sekatan ke atas perjalanan antarabangsa yang masih berkuatkuasa disebabkan pandemik ini, kedai kecil yang sudah beroperasi hampir 100 tahun masih terus berusaha untuk bertahan.



Menurut Encik Shahul, meskipun tidak lagi mengharapkan penjualan perkakas haji dan umrah, produk lain yang dijualnya masih mendapat permintaan daripada pelanggan.



Antaranya, minyak atar dan minyak wangi tanpa alkohol, keperluan solat seperti sejadah, songkok, tasbih serta minyak angin tanpa alkohol jenama sendiri.



Namun begitu, penjualan tersebut masih lagi kurang untuk menampung kos menjalankan perniagaan tersebut.



"Mungkin kerana kami masih berada dalam Covid-19, pelanggan takut untuk berbelanja benda yang mereka tidak perlukan buat masa ini," tambah beliau.



Memahami keadaan tidak akan kembali seperti sedia kala dalam jangka masa terdekat ini, Encik Shahul tidak mahu berpeluk tubuh tanpa berusaha.



Beliau telahpun melakarkan strategi baru untuk mengembangkan lagi perniagaan turun-temurunnya itu yang kian menjangkau seabad.



Melihat kepentingan digitalisasi, Encik Shahul ingin cuba beralih ke arah perniagaan dalam talian agar perniagaannya dapat terus menakat.



"Sekarang ini, lebih-lebih lagi di tengah-tengah pandemik ini, banyak perniagaan yang telah beralih ke dalam talian, jadi mungkin saya juga ingin cuba menjual produk kami dalam talian untuk memastikan agar perniagaan kami dapat terus bertahan," ujarnya lagi.




Perniagaan utama kami banyak bergantung kepada jemaah yang akan menunaikan haji atau umrah.

Dalam masa sehari itu, ada juga sekitar dua atau tiga pelanggan yang datang... ada di antara mereka merupakan pelanggan tetap kami.

Mungkin kerana kami masih berada dalam Covid-19, pelanggan takut untuk berbelanja benda yang mereka tidak perlukan buat masa ini.

- Encik Shahul Hameed Md Yusoff, pengurus kedai Haji V. Syed Abu Thahir Trading Pte Ltd




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >