Topic followed successfully
Go to BHkuKEGIATAN BELAJAR DI RUMAH bantu bentuk kemahiran anak
Premium
KEGIATAN BELAJAR DI RUMAH bantu bentuk kemahiran anak
Buat julung kalinya, satu kajian mengenai kanak-kanak tadika di Singapura telah dijalankan. Dipanggil Projek Impak Tadika Singapura (Skip) dan dijalankan oleh sekumpulan pasukan pakar, kajian ke atas 1,537 kanak-kanak itu telah menggariskan pentingnya pendidikan prasekolah serta peranan yang boleh dimainkan oleh ibu bapa. BERITA HARIAN membentangkan laporan berikut.
Jan 4, 2021 | 5:30 AM
KEGIATAN BELAJAR DI RUMAH bantu bentuk kemahiran anak
TIDAK kira pendapatan dan tahap pendidikan, ibu bapa yang menyediakan kegiatan pembelajaran di rumah boleh mempunyai pengaruh besar dalam membangunkan kemahiran bahasa dan matematik anak-anak kecil mereka.
Ini antara dapatan tinjauan mengenai tadika Singapura yang pertama, yang meninjau 1,537 kanak-kanak dari 80 prasekolah dalam Tadika 1 sehingga Darjah 1.

