Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

MENJELANG RAYA: KISAH DUA PENERIMA ZAKAT

Kehidupan hampir hanyut

* Kaki kanan dan empat jari kaki kiri dipotong akibat kencing manis * Hilang pekerjaan dan ditinggal isteri * Ditimpa kemurungan dan kini tanpa rumah untuk berteduh
May 11, 2021 | 05:30 AM



"SAYA masih muda, kalau diizinkan Tuhan, saya ingin membina hidup baru."



Demikian keluhan hati Encik Mohammad Nasir Bakar, 38 tahun, ketika ditanya tentang harapannya untuk masa depan.



Ketika ramai individu seusianya membina keluarga dan kerjaya, beliau terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran, terutama keadaan kesihatannya yang agak lemah.



Sekitar 10 tahun lalu, kaki kanannya terpaksa dipotong dari bahagian atas lututnya gara-gara penyakit kencing manis yang berlarutan. Empat jari kaki kirinya juga perlu dipotong.



Ekoran itu, beliau kini perlu berkerusi roda untuk bergerak.



Peristiwa hitam itu bukan sahaja menyebabkan beliau kehilangan pekerjaannya, bahkan isterinya ketika itu turut meninggalkan beliau.



Akibatnya, beliau dihinggap kemurungan.



Mujur Encik Mohammad Nasir tidak terus membiarkan kemurungan menjejas hidupnya.



Beliau sedar bahawa beliau masih muda dan beliau ingin mengubah hidupnya.



"Macam mana kita jatuh pun, kita perlu bangun semula," kata Encik Mohammad Nasir.



Beliau kemudian telah ke sebuah masjid untuk mendapatkan bantuan zakat setelah seorang temannya memberitahu beliau tentang skim tersebut.



Pada awalnya bantuan yang diterimanya tidak mencukupi. Namun beliau bertekad untuk mendapatkan lebih banyak bantuan dan hasil usahanya dengan pegawai pembangunan sosial (SDO) di masjid, beliau berjaya mendapatkan bantuan tambahan peringkat nasional dari Pejabat Khidmat Sosial (SSO).



Katanya, beliau pernah tinggal bersama keluarga abangnya, namun beliau keluar kerana "enggan menyusahkan sebab keperluan khasnya yang tidak mampu bergerak seperti biasa."



"Saya jenis tak suka menyusahkan orang lain, biarlah saya berdikari,'' jelas Encik Mohammad Nasir.



Selain penyakit kencing manis, beliau juga menghidap kegagalan ginjal tahap akhir dan perlu menjalani dialisis tiga kali seminggu.



Akibat tusukan jarum dialisis yang terlalu kerap, tangan beliau bengkak-bengkak dan otot tangannya menjadi lemah. Beliau tidak mampu mengangkat sebarang barang berat.



"Kalau boleh 'upgrade' diri saya, saya 'upgrade'. Tapi apakan daya, tangan dan kaki saya tak mampu berfungsi seperti orang biasa. Siapa yang nak ambil orang macam saya bekerja?" katanya sebak.



Kini sekiranya beliau tidak menjalani rawatan dialisis atau berjumpa doktor, masanya setiap hari dihabiskan menghirup udara segar di taman-taman bersama seorang temannya.



Beliau juga amat bersyukur dengan SDO dan pihak hospital yang prihatin tentang beliau dan membantu untuk dapatkannya tempat berteduh sementara kerana tidak memiliki sebarang rumah.



"Alhamdulillah zakat banyak tolong saya. Nasib saya terbela, saya ada 'shelter', makanan harian. Sedikit sebanyak boleh juga naik bas untuk keluar berjumpa kawan-kawan."



"Kadang-kala ada juga teman-teman yang jauh lebih susah dari saya, dan saya akan kongsi apa yang saya ada dengan mereka.



"Kini harapan saya ialah untuk dapatkan rumah sendiri dan ada orang untuk jaga saya. Harta benda lain tidak penting bagi saya.



"Sekali lagi, terima kasih kepada para pembayar zakat. Disebabkan merekalah saya mampu untuk terus hidup, tanpa bantuan mereka, mungkin saya sudah terus hanyut," kata Encik Nasir sambil melinangkan air mata.



Ditanya tentang nasihat kepada mereka yang mengalami dugaan dan cabaran hidup, Encik Mohammad Nasir berkata:



"Jangan malu untuk minta bantuan. Sampai bila kita hendak hidup begini? Semoga dengan bantuan (zakat) ini kita dapat menjadikan diri kita lebih baik daripada semalam."




"Kini harapan saya ialah untuk dapatkan rumah sendiri dan ada orang untuk jaga saya. Harta benda lain tidak penting bagi saya.

Sekali lagi, terima kasih kepada para pembayar zakat. Disebabkan merekalah saya mampu untuk terus hidup, tanpa bantuan mereka, mungkin saya sudah terus hanyut.''

- Encik Mohammad Nasir Bakar, 38 tahun. Kaki kanannya dipotong dari bahagian atas lututnya gara-gara penyakit kencing manis yang berlarutan. Empat jari kaki kirinya juga perlu dipotong.




TUNAI ZAKAT MENERUSI MUIS



Berikut kaedah pembayaran zakat yang disediakan tahun ini:



  • Laman www.zakat.sg (PayNow, eNETS, Kad Debit)

  • Stesen AXS (Kad Nets, Kad Kredit)

  • Kiriman cek ke Muis di 273 Braddell Road, Singapura 579702

  • Aplikasi bank: DBS (Zakat Harta), OCBC (Zakat Harta), dan CIMB (Zakat Harta & Zakat Fitrah)

  • Bayaran tunai di kaunter Muis dan masjid-masjid tertentu (janji temu diperlukan)

  • Untuk maklumat lanjut hubungi: 6359-1199




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >