Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

MERUNGKAI ISU KEWANGAN

Kejutan pancing data belum reda, kes tipu kerja pula jadi sorotan

659 kes tipu kerja dilapor dalam enam bulan pertama tahun lalu - naik 16 kali

BERSAMA  ADLI YASHIR KUCHIT

Jan 30, 2022 | 05:30 AM



RASA terkejut masih belum reda ekoran kes penipuan pancingan data yang mengakibatkan $8.5 juta lesap dari akaun sekitar 470 pelanggan OCBC kini timbul pula laporan tentang kes tipu pekerjaan yang menyebabkan mangsa kehilangan $6.5 juta.



Perangkaan tentang kes tipu pekerjaan didedahkan baru-baru ini oleh Ketua Pusat Anti-Penipuan Superintendan Polis Michelle Tay.



Menurut beliau polis kian melihat tambahan angka mangsa yang terjerat dengan penipuan kerja.



Kejadian sedemikian biarpun terdapat pelbagai usaha mendekati orang ramai untuk meningkatkan kesedaran tentang kes-kes pemalsuan dan kes tipu di ruang siber.



Perangkaan yang didedahkan tidak kurang mengejutkan.



Pada enam bulan pertama tahun lalu, terdapat 659 kes penipuan kerja - bertambah 16 kali ganda daripada hanya 40 kes pada tempoh yang sama pada 2020.



Antara Januari dengan Jun tahun lalu, mangsa penipuan sebegini kehilangan sekitar $6.5 juta. Ia merupakan peningkatan daripada hanya $60,000 pada tempoh yang sama tahun sebelumnya.



Jumlah paling besar yang hilang daripada genggaman seorang mangsa penipuan kerja tahun lalu adalah $676,000.



Penipu dan penyangak semakin licik, semakin bijak mencari peluang menyapu duit mangsa.



Superintendan Tay berkata pandemik ini hanya memburukkan masalah dengan bayaran digital ibarat pedang bermata dua.



Katanya: "Sewaktu Covid-19, penggunaan bayaran digital bebas kontak bertambah. Ini mempertingkat kemudahan buat kita tetapi pada masa yang sama menambah kaedah operasi penipu ini. Mereka boleh dengan mudah menghasilkan akaun bank 'pseudo' atau palsu untuk memindahkan wang."



Terdapat pelbagai jenis penipuan berkaitan pekerjaan yang wajar diketahui dan mungkin ada cara lain yang sedang dijalankan tetapi belum didedahkan.



Umpan Komisen Untuk Kerja Sedikit



Umpan paling lazim dijolok ialah upah komisen bagi menjalankan tugas misalnya menyelesaikan tugas mudah di laman web atau aplikasi telefon bimbit.



Tugas yang ditawarkan selalunya terlalu mudah dan amat menarik.



Kata-kata manis seperti masa kerja fleksibel, tempoh kerja yang singkat dan komisen lumayan sering digunakan si penipu.



Mangsa lazimnya akan diminta membuat pembelian atau pemindahan wang sebelum mendapat upah komisen.



Mereka hanya sedar ditipu selepas wang sudah dipindahkan dan penipu lesap tanpa memberikan komisen.



Dalam satu contoh, mangsa diarah memuatturunkan aplikasi telefon bimbit yang tidak disahkan.



Mereka disuruh memindahkan wang dalam bentuk kriptowang ke dalam akaun kerja mereka dan dijanjikan komisen bagi menyelesaikan tugasan yang kononnya membantu perniagaan.



Mangsa menyedari mereka ditipu setelah mereka cuba mengeluarkan komisen daripada akaun mereka.



Jenis penipuan lain berkembang daripada helah yang pertama - mereka yang menjadi mangsa pada penipuan jenis pertama kemudiannya mahu berhenti kerja dan mahukan komisen mereka. Malangnya mangsa akan diberi surat amaran dengan kepala surat pihak berkuasa setempat.



Mangsa diberi tekanan supaya membuat pemindahan wang lanjutan kepada akaun bank atau dompet kriptowang. Jika tidak, mereka akan berdepan dengan tindakan guaman.



Oleh kerana termakan ancaman, mangsa lazimnya teruskan kegiatan itu dan akan terjebak lebih dalam.



Terdapat juga penipuan melibatkan jawatan pemasaran.



Mangsa diumpan jawatan pemasaran dan diminta membuat pembelian awal untuk mempercepatkan penjualan sesebuah produk.



Mereka dijanjikan wang pembelian akan dipulangkan dan tambahan komisen akan diagihkan bagi setiap urusniaga.



Awalnya komisen dan wang akan diagihkan namun apabila pembelian sudah 'cukup besar' dan mangsa sudah terbayang akan dapat komisen lumayan, penipu akan lesap dengan wang pembelian itu.



Umpan gaji lumayan



Baru-baru ini polis telah menahan seorang lelaki berusia 33 tahun kerana disyaki terlibat dalam beberapa siri kes penipuan pekerjaan.



Polis telah menerima beberapa laporan daripada mangsa yang ditipu oleh seorang lelaki yang berjanji membantu mereka untuk mendapatkan kerja pemandu bergaji tinggi.



Mangsa diarah membayar sekitar $200 sebagai bayaran pentadbiran bagi pekerjaan itu.



Mereka juga diarahkan membeli telefon bimbit, mendaftar untuk talian telco dan memberikan telefon berkenaan kepada lelaki tersebut. Suspek berjanji membayar balik kos yang dibelanjakan.



Mangsa sedar mereka telah ditipu apabila pekerjaan tidak menjadi kenyataan, wang pentadbiran dan telefon bimbit yang dibeli lesap.



Lelaki itu telah didakwa di mahkamah.



Dengan keupayaan si penipu mempertingkat permainan mereka dan jumlah mangsa pula bertambah, pihak berkuasa telah beralih ke teknologi dalam usaha mereka menentang penipuan.



Usaha Pencegahan



Sebagai contoh, Pusat Anti-Penipuan telah menambah automasi proses robotik kepada Projek Combat (Bot Pesanan Beroperasi Pusat Menangani Ancaman) yang memacu teknologi dan dilancarkan pada 17 Julai tahun lalu.



Menerusi kerjasama dengan unit divisyen risikan dan darat Pasukan Polis Singapura, pusat ini berupaya mengesan beberapa mangsa penipuan kerja yang berpotensi.



Sebelum ini, ia pernah mengambil purata 45 minit untuk menghubungi dan memberi amaran kepada satu orang sahaja.



Projek Combat menggunakan automasi proses robotik untuk mengirim surat makluman SMS bagi memilih semua kumpulan serentak, membolehkan mereka mendekati ratusan orang dalam masa beberapa minit sahaja.



Pusat ini telah mengendalikan lebih 6,900 campur tangan dengan cara ini menerusi Project Combat.



Teknologi ini telah membebaskan lebih banyak masa dan sumber bagi pegawai ini mengendalikan tugasan penting lain seperti menjejak dana.



Selain usaha diperingkat nasional terdapat juga usaha akar umbi seperti yang dijalankan Anggota Parlimen GRC Bishan-Toa Payoh Encik Saktiandi Supaat di kawasan undinya.



Bagi membantu penduduk, satu program Daya Tahan Kewangan untuk meningkatkan kesedaran warga telah dimulakan.



Mengulas tentang cara mengelak diri dari menjadi mangsa, Ketua Pegawai Eksekutif firma tenaga manusia Achieve Group, Encik Joshua Yim berkata langkah pemeriksaan dan pengesahan boleh memberikan perlindungan kepada warga.



Antara langkah yang wajar dilakukan ialah pengesahan identiti syarikat atau individu yang menawarkan pekerjaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >