Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

DUNIA DIGITAL

Ketikus Steelseries ringan macam kapas

Aug 31, 2022 | 08:36 PM



BERCAKAP tentang ketikus untuk permainan komputer, trend semasa nampaknya bergerak ke arah peranti yang ringan.


Lagi ringan lagi baik.


Ini membolehkan pergerakan lebih pantas, lebih mudah dan kurang meletihkan. Bagi syarikat SteelSeries, satu cara mengurangkan berat ialah dengan membuat ketikus dengan badan yang berlubang-lubang.


SteelSeries Aerox 5 Wireless misalnya mengekalkan reka bentuk lubang-lubang berbentuk berlian di bahagian belakang yang memanjang ke arah butang utama.


Dengan reka bentuk sedemikian, SteelSeries berupaya menghasilkan ketikus tanpa wayar yang hanya seberat 74g.


Dengan adanya lubang-lubang berbentuk berlian itu, sinaran lampu RGB boleh dilihat memancar dari bahagian dalam ketikus ini.


Malangnya sinaran lampu RGB lazimnya terlindung oleh tangan yang mengerakkan ketikus ini. Bahkan sinaran lampu RGB itu lebih jelas dilihat dibahagian bawah peranti ini.


Dari segi reka bentuk, saiz Aerox 5 ini agak panjang yang melengkung ke belakang tapak tangan anda. Ia membolehkan pemegangan yang santai dan selesa apabila tangan duduk lebih jauh ke belakang.



Dari kedudukan ini, dua butang tetikus utama, roda skrol, pelaras DPI dan kebanyakan butang di bahagian tepi mudah dicapai.


Dua butang biasa di tepi dan satu butang suis menegak diletakkan di tempat ibu jari terletak di sebelah kiri. Ini sangat mudah untuk digunakan, dan boleh diprogramkan untuk mendapatkan banyak fungsi daripadanya.



Digunakan untuk tugas harian atau permainan komputer, saya mendapati tangan lebih pantas mengerakkan ketikus, mungkin kerana sebelum ini saya sudah biasa menggunakan ketikus yang jauh lebih berat.



Ketikus ini juga dimuatkan dengan Teknologi AquaBarri bertaraf IP54 yang memberi perlindungan daripada habuk, kotoran dan banyak lagi.



SteelSeries Aerox 5 Wireless ditawarkan di saluran rasmi syarikat itu di Shopee pada harga $229.



Steelseries juga menawarkan ketikus berwayar Aerox 5 yang lebih ringan (66g) dan dijual pada harga $149.



Selain itu bagi penggemar permainan Arena pertempuran dalam talian berbilang pemain (MOBA), Steelseries menyarankan Aerox 9 wireless yang mempunyai 10 butang di bahagian kanan untuk mempermudahkan pemainan yang lebih rumit. Aerox 9 Wireless berharga $249




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >