Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

Komik guna pedagogi STEAM tarik minat kanak-kanak belajar bahasa Melayu

Feb 07, 2022 | 05:30 AM



KIDZNIZMO ialah siri komik kanak-kanak bertemakan pedagogi STEAM, iaitu cara pembelajaran yang cenderung mengunakan sains, teknologi, kejuruteraan, kesenian dan matematik.



Penulis KidzNizmo, Cik Sharifah Md. Kassim, berkata komik dwibahasa (Melayu dan Inggeris) ini mengisahkan lima orang sahabat - Sara, Tom, Erik, Anna dan Matt - yang mengembara bersama rakan mereka Nitti yang berasal dari planet Vinuza.



Tujuan KidzNizmo dihasilkan ialah untuk memupuk minat mencuba (experimental learning) dalam kalangan pelajar cilik dalam pembelajaran bahasa Melayu berdasarkan pedagogi STEAM (juga dikenali sebagai 'Applied Learning').



Menurut pengarah EduReach Services itu lagi, idea pembentukan KidzNizmo timbul selepas perbincangan antara beliau dan rakannya, Encik Wong Choong Kah, yang sangat mahir dalam pedagogi STEAM.



Encik Wong mahu membuat kurikulum khas bagi prasekolah dan Cik Sharifah menyuarakan masalah yang dihadapi ramai guru bahasa Melayu di EduReach, iaitu murid tidak minat subjek Bahasa Melayu. Malah, ada murid enggan bertutur dalam bahasa Melayu, ujar Cik Sharifah.



"Disebabkan situasi ini, kami mencapai kesimpulan bahawa masalah bahasa sebenarnya bermula pada peringkat prasekolah dan berlanjutan di sekolah rendah. Oleh itu, kami mencari kaedah untuk mengatasi masalah ini. Maka, lahirlah idea menulis komik KidzNizmo," ujar Cik Sharifah.



Menurut beliau, KidzNizmo berbeza daripada komik lain kerana ia menggabungkan pelbagai kaedah kreatif dan inovatif. Ia sesuai dibaca oleh kanak-kanak dari peringkat umur empat hingga lapan tahun.



"Berbanding komik lain, KidzNizmo lebih istimewa kerana ia menggunakan pedagogi STEAM. Komik yang mempunyai lukisan dan warna menarik ini akan membuatkan kanak-kanak lebih teruja kerana ia berasaskan sains, teknologi, kejuruteraan, kesenian dan matematik.



"Selain itu, kami menyediakan aktiviti dalam bentuk video sebagai satu tarikan agar pelajar setia bersama ketiga-tiga episod KidzNizmo," ujarnya.



Dalam setiap komik diselitkan kod QR yang membolehkan pembaca menonton video aktiviti yang dirakam dalam bahasa Melayu. Untuk episod 1, video itu ialah tentang cara menghasilkan pelitup muka. Bagi episod 2 dulu, pembaca diajar mengenai cara pengomposan.



Video episod 3 pula mengajak pembaca bermain permainan yang dipanggil 'Bingo Harmoni'.



Pembaca juga boleh menikmati pelbagai aktiviti yang boleh dimuat turun daripada laman KidzNizmo. Ketiga-tiga komik disertakan dengan alamat laman, di mana pembaca boleh bermain satu permainan komputer.



"Akhirnya, komik ini dapat dijelaskan sebagai sesuatu yang menarik, berwarna-warni, menyeronokkan dan memberangsangkan. Penggunaan dwibahasa juga membolehkan murid memahami apa yang mereka baca kerana mereka akan membaca dalam kedua-dua bahasa. Selain sesuai dibaca pelajar prasekolah, buku ini menggalak pelibatan guru dan ibu bapa,'' tambah Cik Sharifah.



"Kami berharap ibu bapa akan turut sama 'bermain' dan merangsang anak mereka dengan variasi aktiviti yang ada dalam buku KidzNizmo. Kami juga ingin membantu guru mengunakan pedagodi STEAM dalam kelas mereka, seterusnya menerbitkan lebih banyak lagi bahan pembelajaran bertemakan KidzNizmo.



"Melalui penerbitan KidzNizmo juga, kami berharap dapat memupuk minat membaca dalam bahasa ibunda dalam diri kanak-kanak prasekolah berumur lima hingga enam tahun hingga seawal darjah satu dan dua.



"Kami ingin memancing minat mereka secara santai, iaitu dengan kaedah pembacaan komik. Pada masa sama, kami ingin merangsang minda anak-anak cilik dengan pelbagai aktiviti dan permainan dalam buku serta lelaman kidznizmo.com," kata Cik Sharifah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >