Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Komited dalam memberi khidmat kepada ahli koperasi

Jun 30, 2022 | 05:30 AM



Seramai 56 wanita diiktiraf kerana membuat perubahan kepada gerakan koperasi (Co-op) yang julung-julung kalinya diadakan oleh Persekutuan Koperatif Kebangsaan Singapura (SNCF) baru-baru ini. BERITA HARIAN memaparkan dua wanita dari SNCF dan bagaimana Co-op itu memberi manfaat kepada diri mereka dan orang lain.




WALAUPUN sudah bersara, beliau tetap komited untuk berkhidmat kepada rakan sejawatnya di Syarikat Guru Melayu (SGM) Singapura Koperatif Bhd.



Profesor Madya Kamsiah Abdullah, seorang pendidik yang berbekal pengalaman lebih 60 tahun.



Penglibatannya dalam SGM bermula sejak beliau mula mengajar dan beliau juga pernah menjadi pengarah pertubuhan itu pada 1993 dan kemudian melibatkan diri dalam jawatankuasa kecil.



Kini, beliau salah seorang ahli lembaga pengarah yang dihargai.



Dr Kamsiah mempunyai semangat dan kasih terhadap koperasi SGM dan beliau sering menyumbang idea untuk berkhidmat lebih baik kepada masyarakat tersebut dan antaranya menyumbang sebagai seorang penulis bagi majalah SGM yang dinamakan Titian.



Menurut Dr Kamsiah, yang berusia 76 tahun, beliau akur bahawa SGM mempunyai banyak manfaat untuk diraih jika menyertai menjadi ahli.



"Pertubuhan ini menyediakan produk dan perkhidmatan kewangan dan lain-lain yang diperibadikan berdasarkan syariah dan prinsip koperasi untuk keahlian guru-guru berbangsa Melayu di Singapura.



"Perkhidmatan SGM termasuk simpanan dan kemudian menerima dividend, pinjaman dan dana kebajikan bersama.



"Namun, ramai kini yang tidak tahu mengenai pertubuhan kami. SGM bukan sahaja untuk guru yang mengajar Melayu, tetapi untuk sesiapa yang memegang jawatan sebagai seorang guru, termasuk juga guru tadika," jelas Dr Kamsiah.



Kini, SGM mempunyai lebih kurang 1,000 ahli dan merupakan sebuah pertubuhan tidak mencari untung (NPO) yang berpangkalan di Singapura, tambah beliau.



SGM berhasrat untuk menyediakan persekitaran yang mesra, di mana mereka dapat membina kepercayaan untuk mendekati ahli-ahli mereka yang dihargai.



"Selain menyimpan wang, SGM juga menyediakan pinjaman wang jika ada yang ingin meneruskan pembelajaran tidak kira ke luar negara atau di Singapura, untuk mengasah kemahiran.



"SGM akan menyokong guru-guru dan mereka boleh bergantung kepada bantuan ini jika perlu," kata Dr Kamsiah.



Apabila ditanya apakah kenangan yang tidak dapat dilupakannya selama penglibatan bersama SGM, beliau menjawab:



"Semasa saya meraih sarjana muda dengan kepujian dari University of London, saya telah diberikan hadiah penghargaan kerana diiktiraf.



"Pada masa itu, tidak ramai ahli yang mengambil sarjana muda, dan saya rasa itu satu yang sangat berharga kepada saya yang tidak akan saya lupakan kerana tidak sangka akan menerima hadiah."



Kini, bekas pengerusi jagaan SGM itu baru-baru ini mengarang beberapa siri buku kanak-kanak Melayu, yang berkongsi pengajaran moral berdasarkan tindakan individu yang berbeza dan bagaimana kesilapan mereka boleh menjejaskan kehidupan orang lain di sekeliling mereka.



"Saya sangat suka bila dapat berkhidmat dan menyumbang balik kepada syarikat ini," tambah beliau.



Dr Kamsiah meluahkan harapan agar lebih ramai guru-guru berbangsa Melayu tampil untuk menyertai SGM.



"Saya rasa koperasi seperti ini masih sangat relevan pada hari ini kerana SGM mempunyai pakar-pakar syariah yang dapat membantu dan menasihati ahli akan urusan wang. Dan ramai juga guru-guru hari ini yang masih akan buat persiapan untuk hari kelak," katanya.




"Saya rasa koperasi seperti ini masih sangat relevan pada hari ini kerana SGM mempunyai pakar-pakar syariah yang dapat membantu dan menasihati ahli akan urusan wang. Dan ramai juga guru-guru hari ini yang masih akan buat persiapan untuk hari kelak."
- Profesor Madya Kamsiah Abdullah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >