Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

DUNIA DIGITAL

Komputer riba Huawei permudah kongsi data

Aug 01, 2022 | 05:37 PM



SEJAK 2019 apabila Huawei dilarang menggunakan aplikasi atau teknologi milik Amerika Syarikat, syarikat itu telah bertungkus lumus mengubah cara ia mencipta dan memasarkan peranti seperti telefon bimbit, tablet dan komputer riba.



Larangan AS ke atas Huawei bermakna  syarikat asal China itu dilarang memuatkan sebarang aplikasi milik AS seperti Google Play.



Namun bak kata pepatah sekali air bah sekali pantai berubah, Huawei telah pandai menyesuaikan diri menangani larangan tersebut dan menghasilkan pelbagai aplikasi dan ekosistemnya tersendiri.



Pengguna lazimnya mempunyai pelbagai peranti elektronik seperti tablet, telefon bimbit dan komputer riba. Antara cabaran utama ialah mengongsi data antara satu peranti dengan peranti dengan cara yang selamat.



Bagi kebanyakan peranti lain Google menawarkan huraian perkongsian data antara satu peranti dengan lain.



Bagi mengatasi cabaran ini, Huawei menghasilkan sistem perkongsian datanya sendiri.



Komputer riba Huawei Matebook 14s merupakan contoh terbaik penyesuaian yang dibuat oleh Huawei.



Huawei Matebook merupakan komputer riba yang menawarkan skrin 14.2 inci. Alat ini agak tipis dan ringan (hanya 1.43kg)



Dikuasakan oleh cip pemproses Intel Core Generasi ke-11, Huawei MateBook 14s membolehkan anda mengendalikan pelbagai tugasan intensif. Ia juga mempunyai sistem penyejukan yang meningkatkan pelesapan haba dan merendahkan bunyi kipas.



Dari sudut perhubungan tanpa wayar, alat ini dilengkapi sistem WiFi 6 yang memberi kelajuan perhubungan agar anda boleh menerima e-mel atau data dengan pantas.



Komputer riba ini mempunyai bateri 60Wh yang dinaik taraf menyokong pengecasan pantas, memastikan peranti dihidupkan. Ujian wartawan menunjukkan alat ini boleh beroperasi selama sekitar 7.5 jam secara terus dari bateri 100 peratus hingga 5 peratus.



Keupayaan alat ini dari segi hubungan wayar juga baik - ia menawarkan pelbagai saluran seperti USB A, USB C dan HDMI.



Salah satu pencapaian utama Huawei ialah menyediakan sistem perkongsian data dan sistem kawalan peranti tambahan. Bermaknya anda boleh menghubungkan komputer riba ini dengat telefon bijak atau tablet Huawei dan mengawal penggunaan alat tersebut daripada komputer riba dan sebaliknya.



Wadah ini memudahkan tugas memindahkan data dari satu alat ke alat lain dan mempermudah penggunaan ciri khusus seperti menjawab panggilan telefon menggunakan menerusi komputer.



Huawei Matebook 14s dijual pada harga bermula $1,098.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >