Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

DUNIA DIGITAL

Komputer riba Vapor 15 Pro pilihan bijak untuk ‘gamer’

Jan 04, 2022 | 07:53 PM



BAGI golongan ‘gamer’ atau peminat permainan komputer, alat terkini keluaran Aftershock PC menawarkan pilihan berkuasa tinggi.  Aftershock PC, jenama asal Singapura ini telah bekerjasama dengan syarikat gergasi pembuat cip Intel untuk menghasilkan komputer riba yang diberi nama Vapor 15 pro.



Dengan maltamat menghasilkan komputer riba yang paling berkuasa, Aftershock PC menggabungkan hadwe kelas atas dalam alat ini. Misalnya nadi penggerak memproses terdiri daripada cip generasi terkini iaitu Intel i7-11800H. Penjana grafik pula ialah kad grafik Nvidia GeForce RTX 3060 atau 3070.  Unit yang dipinjamkan untuk diuji Berita Harian merupakan jenis yang lebih tinggi iaitu RTX 3070.



Sekali pandang, reka hias luaran serta penjenamaan Aftershock PC pada komputer ini kelihatan kurang menyerlah jika dibandingkan dengan jemana seperti Razer.



Namun pembuatan alat ini kelihatan utuh - Aftershock PC memilih bahan lasak seperti aloi magnesium sebagai asas peranti ini. Biarpun komputer riba ini mempunya skrin 15.6 inci yang lebar, ukuran keseluruhannya agak padat. Ia berukuran 357mm x 235mm dan setipis 21.65m. 



Bagi pengguna yang susah duduk diam, komputer riba ini hanya seberat 1.94kg justeru mudah dibawa ke sana sini.  



Komputer riba jenis ‘ultraportable’ atau mudah dibawa lazimnya banyak kekurangan - saiz yang padat akan mengehadkan saiz bateri justeru hayatnya, begitu juga  prestasi atau kebolehgunaan. Namun Vapor 15 Pro mengatasinya dengan menggabungkan teknologi termaju dalam reka bentuk dalaman yang baik, tanpa mengorbankan sebarang kemudahan.



Rangkanya yang agak kecil dihasilkan menerusi falsafah rekaan yang memaksimumkan setiap inci ruang telah menyediakan produk bertubuh monolitik, minimalis yang menyembunyikan kuasanya yang hebat. 



Lihat sahaja markah ujian yang berjaya dicapai alat ini. Ujian 3DMark Time Spy yang dijalankan menunjukkan alat ini berupaya mencatat markah 8,304 - markah yang agak tinggi.



Selain kuasa dan faktor bentuknya yang padat, komputer riba ini juga dilengkapi dengan beberapa ciri yang menyerlahkan mobilitinya. Sebagai contoh bateri 94Wh yang besar dengan pengecasan pantas menjanjikan tempoh operasi yang boleh tahan. 



Pengalaman wartawan menggunakan Vapor 15 pro (yang dicas penuh 100%)  untuk menayang video dan menguji permainan komputer menunjukkan alat ini mampu bertahan selama lebih 6 jam sebelum baterinya mencapai 6 peratus.



Vapor 15 Pro menawarkan rangkaian perhubungan yang  menyeluruh, daripada hubungan wayarless seperti Intel Wi -Fi 6 AX201 dan pelbagai saluran kabel untuk USB, HDMI dan Thunderbolt. Pendek cerita pemindahan data boleh dilakukan dengan pantas lagi mudah.



Aftershock PC Vapor 15 Pro bermula pada harga $2,275 dan boleh didapati sekarang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >