Topic followed successfully
Go to BHkuLangkah ampuh Brunei atasi pandemik Covid-19
Premium
Langkah ampuh Brunei atasi pandemik Covid-19
Atasi sembilan negara Asean lain dengan hanya 244 kes Covid-19 sejauh ini
Jun 8, 2021 | 5:30 AM
Langkah ampuh Brunei atasi pandemik Covid-19
TERIMA SUNTIKAN VAKSIN: Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah menerima suntikan di Istana Nurul Iman in Bandar Seri Begawan, Brunei, pada 1 April lalu. Beliau menerima dos pertama dan memperkenankan negaranya memulakan program vaksinasi kebangsaan bermula 3 April lalu. - Foto WWW.NEWS.CN -
BAGI Cik Hawa Zaini, 40-an tahun, sambutan Ramadan dan Syawal tahun ini amat bermakna sekali - cukup berbeza dari apa yang dialaminya tahun lalu.
Apakan tidak, kali ini beliau dan seluruh rakyat Brunei di negara seramai 433,285 orang itu tidak lagi perlu berpelitup, dapat melaksanakan ibadah tarawih dan bertadarus di masjid seperti lazimnya dan berpeluang melakukan kunjung-mengunjung sempena Lebaran tanpa had.

