KINI terdapat lebih 450 relawan daripada Masyarakat Melayu/Islam yang membantu banduan dalam perjalanan mereka ke arah pemulihan, kata Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) baru-baru ini.
Menjawab pertanyaan Berita Minggu, perangkaan tersebut didedahkan menyusuli nisbah terkini bahawa setiap sembilan banduan terdapat sekurang-kurangnya satu relawan yang membantu mereka dalam usaha pemulihan.