SEMENTARA ramai belia sebayanya ingin terus melangkah memasuki alam pekerjaan secara sepenuh masa, Encik Lutfil Hadi Jumadi memutuskan untuk memperluas pengalaman dan pengetahuan melalui kerja sambilan dahulu.
Encik Lutfil, 24 tahun, kini bertugas sebagai salah seorang pegawai di pameran dinosaur kanak-kanak sementara meninjau dan meneroka peluang pekerjaan sepenuh masa demi memastikan ia benar-benar sesuai dengan keperibadian dan minat beliau.