Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

INISIATIF MESRA ALAM

Lebih ramai sertai kempen NEA galak kurangkan sampah

Oct 18, 2021 | 05:30 AM



USAHA mengurangkan sisa dan sampah serta menjaga sekitaran alam semula jadi menerima lebih banyak dorongan daripada 169 rakan kerja yang berusaha menggalak warga setempat mengamalkan gaya hidup mampan.



Antaranya ialah inisiatif yang diperkenalkan sebuah kedai kejiranan di bukit Batok.



Kedai berkenaan, Amudhini Minimart, sedang menggalak pelanggannya mengamalkan hidup sisa sifar menerusi gesaan dari pekedai itu.



Sebagai contoh pemilik kedai itu Encik Ram sedang menggalak pelanggannya menggunakan beg guna semula dan turut menawarkan insentif berupa potongan harga 20 sen jika mereka membawa beg sendiri.



Amudhini Minimart merupakan antara rakan kerja yang menyertai kempen Say Yes to Waste Less (SYTWL) anjuran Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).



Kempen yang memasuki kali ketiga ini menarik penyertaan 169 peserta merangkumi 3,000 premis setempat. Ini adalah peningkatan daripada 95 rakan kongsi di 2,100 premis yang mengambil bahagian tahun lalu.



Usaha mengurangkan sisa memerlukan kerjasama setiap lapisan masyarakat.



Pada kadar penghasilan sampah di sini Tapak Pelupusan Sampah Semakau (SL) dijangka akan penuh menjelang 2035.



Untuk memanjangkan jangka hayat SL, salah satu sasaran yang ditetapkan di bawah Pelan Hijau Singapura 2030 adalah untuk mencapai pengurangan sisa sebanyak 20 peratus - ke tempat pembuangan sampah per kapita sehari menjelang 2026.



Pada tahun 2020, Singapura menghasilkan sekitar 665,000 tan sisa makanan, yang setara dengan setiap individu membuang sekitar 1.5 mangkuk makanan sehari.



Sisa makanan membebankan sistem pelupusan sampah dan mewakili kehilangan sumber daya yang digunakan untuk menanam, mengangkut dan menyiapkan makanan.



Di samping itu, kira-kira 200,000 tan bahan sekali pakai telah dibuang, terdiri daripada beg plastik dan bekas makanan.



Jika dikumpulkan, sampah itu cukup untuk mengisi sekitar 400 kolam renang bersaiz Olimpik.



Setiap barang pakai buang mempunyai kesan kitaran hidup - memerlukan sumber seperti air dan tenaga dalam pembuatan, penggunaan, dan pelupusannya, dan menyumbang kepada pemanasan global.



"Oleh itu, adalah penting bagi setiap warga mempertingkat usaha mengurangkan pembaziran makanan dan penggunaan bahan pakai buang," kata NEA dalam kenyataannya.



Menerusi kempen SYTWL, NEA berharap warga boleh digalak membawa beg, botol dan bekas pembawa anda yang boleh digunakan semula semasa keluar, serta membeli dan memesan makanan yang mencukupi.



Untuk menyokong kempen tahun ini, 169 rakan kerja telah melakukan pelbagai tindakan untuk mengurangkan pembaziran makanan dan / atau penggunaan bahan buangan.



Ini termasuk mendorong pelanggan untuk memesan makanan yang cukup, merancang makanan terlebih dahulu, memanfaatkan makanan yang kurang sempurna atau berlebihan, dan menawarkan faedah seperti tokokan minuman percuma, potongan harga atau ganjaran untuk pelanggan yang membawa beg dan bekas yang boleh digunakan semula.



Antara contoh inisiatif yang diperkenalkan tahun ini ialah:



Rangkaian F&B Starbucks memberikan cawan edisi terhad sempena sambutan ulang tahun ke-50 terhad kepada pelanggan bagi setiap pembelian minuman buatan tangan pada 28 September, untuk mendorong penggunaan bahan yang boleh diguna semula.



Ini ditawarkan di atas potongan harga 50 sen sepanjang tahun kepada pelanggan mereka untuk semua pelanggan yang membawa cawan mereka sendiri.



Peruncit Watsons Singapore telah memperkenalkan kempen bawa beg sendiri Isnin-Rabu, di mana pelanggan yang memerlukan beg plastik dikenakan 10 sen bagi setiap transaksi pada Isnin hingga Rabu setiap minggu, di semua cawangannya, untuk mencegah penggunaan beg plastik yang berlebihan.



Accor Hotels & Resorts di Singapura telah menyingkirkan semua barang plastik sekali pakai seperti penyedut minuman, pengaduk dan pengorek telinga di premis mereka sejak 2019, dan secara beransur-ansur mengurangkan pembungkusan dan barang sekali pakai lain.



Hartanah Accor di Singapura turut melaksanakan banyak inisiatif utama, termasuk pengagih air tapis di dalam kamar tamu untuk mengurangkan penggunaan botol plastik.



Ia juga mempunyai sistem akuafonik dalaman - yang pertama dalam industri.



DBS, bank pertama yang menyertai kempen SYTWL pada 2020, telah bekerjasama dengan platform penghantaran makanan, WhyQ, untuk melancarkan 'DBS x WhyQ Last Hour Deals'.



Inisiatif ini menawarkan potongan harga menarik untuk mendorong pelanggan membuat pesanan pada waktu terakhir sebelum penjaja menamatkan perkhidmatan makan siang dan makan malam setiap hari, untuk mengurangkan pembaziran produk segar.



Hampir 270 gerai penjaja dari serata pulau turut serta dalam inisiatif ini.



Khidmat Penghantaran foodpanda menetapkan matlamat mengurangkan semua pembungkusan plastik menjelang 2024.



Mereka adalah platform penghantaran pertama di Singapura yang melancarkan pilihan perkakas makanan pada 2017 dan telah mengurangkan permintaan perkakas itu dari 80 peratus kepada 10 peratus melalui komunikasi dan insentif yang kerap.



Sejak itu, mereka berjaya mengurangkan penggunaan lebih dari 25 juta set alat makan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >