Visi wanita di pentas global
Mahu lebih ramai wanita terajui usaha membangun dunia pascapandemik
PEGAWAI TINGGI PBB
Feb 22, 2021 | 05:30 AM
LONDON: Tempatkan lebih ramai wanita dalam peranan kepemimpinan untuk membangun dunia pascawabak yang lebih kukuh, kata seorang pegawai tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini.
Beliau berkata demikian sedang data menunjukkan bahawa wanita mungkin menunggu lebih daripada satu abad sebelum melihat persamaan di persada politik tertinggi.