Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
3

MCE: Biarpun mahal, namun cukup berbaloi

Nov 22, 2013 | 01:02 PM

EKSPRESWE Pantai Marina (MCE) akan memberi pelbagai manfaat kepada penduduk Singapura apabila ia dibuka kepada umum pada 29 Disember ini. Ekspreswe sejauh lima kilometer itu, yang sebahagiannya berada di bawah permukaan laut, bakal menawarkan perjalanan lebih selesa dan pendek antara timur dengan barat pulau ini. Ia menjadi 'jambatan' antara Ekspreswe Kallang-Paya Lebar (KPE) atau East Coast Parkway (ECP) dengan Ekspreswe Ayer Rajah (AYE). MCE yang jalannya lebih lurus serta tidak mempunyai banyak laluan masuk dan keluar itu juga mungkin lebih selamat berbanding sebahagian ECP dekat Marina Bay Sands, yang berbengkok dan boleh mendatangkan bahaya kepada penggunanya. MCE juga penghubung penting ke kawasan pusat Marina South, termasuk Pusat Kewangan Marina Bay (MBFC), Marina Bay Sands, Gardens by the Bay dan Marina Barrage.

Dengan sebahagian ECP selepas Jambatan Benjamin Sheares bakal dijadikan jalan raya dan selepas Central Boulevard pula dirobohkan, ia membolehkan Pemerintah membangunkan sepenuhnya kawasan Marina Downtown. Dengan adanya kawasan tanah yang lebih luas itu, lebih banyak projek pembangunan dapat dimajukan, bukan sahaja perumahan tetapi juga bangunan-bangunan pejabat dan taman-taman riadah. Ini dapat menyumbang kepada lebih banyak pekerjaan diwujudkan dan lebih banyak kawasan santai dapat dinikmati penduduk negara ini. Dengan ini, matlamat menjadikan kawasan tersebut tempat bagi kegiatan tiga dalam satu - menjalani kehidupan, bekerja dan beriadah - bakal tercapai. Pembebasan tanah itu juga diharap dapat menyepadukan kawasan pusat bandar (CBD) lama dengan yang baru di Marina Downtown. Hakikatnya, penantian empat tahun dan kos pembinaan MCE bernilai $4.3 bilion bukan sahaja tidak sia-sia, bahkan berbaloi sekali.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >