Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Membantu belia tangani stres

Bagi ramai generasi muda Singapura, tahun yang lepas ini merupakan tempoh yang dipenuhi kebimbangan dan ketidaktentuan. Dalam bahagian pertama daripada siri tiga bahagian yang meneroka peluang untuk bangkit lebih teguh sebagai Singapura yang bersatu, kami menjawab pertanyaan mengenai kesihatan mental belia dan Perikatan untuk Bertindak (AfA) Singapura Bersama yang bertujuan membantu belia membina daya ketahanan emosi.
Jul 11, 2021 | 06:00 AM



S: Apakah cabaran-cabaran utama yang dihadapi belia hari ini? Bagaimanakah ini berubah daripada isu-isu yang mereka hadapi sebelum ini?



Golongan muda di Singapura prihatin mengenai isu-isu yang pelbagai, termasuk pekerjaan,  kemampanan dan sokongan bagi kesejahteraan mental. 



Lantaran itulah, Rangkaian Kesejahteraan Mental Belia Perikatan untuk Bertindak (AfA) telah menyenarai pendek 24 projek yang memberi tumpuan memperbaiki daya ketahanan emosi golongan belia dan memperkukuh sistem sokongan mereka. AfA ini bertujuan memperkasa generasi muda Singapura menangani pergelutan mental mereka dan mendapatkan sokongan daripada rakan-rakan.



 S: Adakah saya memerlukan pengalaman dalam sektor kesihatan mental untuk menyertai Rangkaian Kesejahteraan Mental Belia ini?



Pengalaman tidak diperlukan. AfA ini mengalu-alukan mereka yang bersemangat untuk menyokong kesihatan mental golongan belia. Sejak Rangkaian ini dibentuk pada Februari tahun lalu, lebih daripada 1,500 belia, ibu bapa, penjaga, pendidik, karyawan dan pengamal dalam bidang kesihatan mental telah tampil untuk menyertai usaha memperbaiki kesejahteraan mental belia.



S: Sememangnya tujuan Rangkaian Kesejahteraan Mental Belia ini adalah sesuatu yang baik, tetapi adakah kaedah yang digunakan oleh program dan inisiatif di bawah rangkaian ini boleh dipercayai?



Rangkaian Kesejahteraan Mental Belia membangunkan inisiatif dan program menerusi konsultasi dengan agensi dan karyawan berpengalaman dalam kesihatan mental. Ia juga disokong oleh tiga agensi pemerintah – Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), Kementerian Kesihatan (MOH) dan Kementerian Pendidikan (MOE).



Untuk ibu bapa yang ingin mendapatkan sokongan dalam kesejahteraan mental belia



www.moe.gov.sg/parentkit) dan akaun Instagram Ibu Bapa MOE (@parentingwith.moesg)

menawarkan panduan dan cara-cara untuk memberi sokongan sosial dan emosi kepada

anak-anak. 



MOE juga sering menganjurkan sesi Facebook Live “Ask Me Anything About” yang membantu menangani keprihatinan ibu bapa dalam menyokong kesejahteraan mental anak-anak.



Anda juga boleh bertanya kepada sekolah anak-anak anda untuk mendapatkan bimbingan dan sokongan dalam hal ini.



Panduan membina hubungan sihat dengan anak anda



Program Keibubapaan Positif MSF mengajar anda untuk berkomunikasi dengan anak-anak dan teknik-teknik mengurus kelakuan mereka.



Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB) juga mengendalikan program pendidikan kesihatan mental untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak di prasekolah dan sekolah rendah.



Ini termasuk bengkel ‘Colours of the Mind’, yang melengkapkan ibu bapa dengan pengetahuan dan kemahiran untuk membangunkan dan menguatkan lagi kesejahteraan mental anak-anak.



Anda boleh melungsuri Parent Hub HPB, sebuah portal sehenti dalam talian untuk sumber-sumber berkaitan dengan kesejahteraan mental belia.



Q: Adakah AfA yang menyokong kesihatan mental bagi warga Singapura yang lebih dewasa? 



Ya, AfA Singapura Bersama bagi Keperluan Meningkat dan Kerelawanan – antara bidang  tumpuannya ialah meningkatkan sokongan bagi kesejahteraan mental dalam masyarakat. SG Cares Volunteer Centre @ Jurong East, yang dikendalikan Pusat Pelbagai Khidmat Loving Heart, telah memperkenalkan inisiatif kesejahteraan mental masyarakat yang diberi nama Sound Mind, Soft Heart.



Ia bekerjasama dengan badan-badan seperti Bold At Work, sebuah kumpulan yang dimulakan oleh  masyarakat, dan pertubuhan akar umbi, untuk memilih modul-modul latihan teras yang dapat melengkapkan sukarelawan dengan pengetahuan tentang kesejahteraan mental dan kemahiran untuk membantu mencipta kegiatan intervensi yang seronok dalam sekitaran selamat bagi penduduk.



Bersama dengan pertubuhan-pertubuhan ini, SG Cares Volunteer Centre @Jurong East bertujuan mendapatkan sekitar 550 sukarelawan untuk mengilhamkan dan melaksanakan lebih banyak program serta kegiatan untuk meningkatkan lagi pengetahuan masyarakat mengenai penjagaan diri, keupayaan mengesan tanda-tanda stres atau demensia, di samping memantau jiran-jiran yang memerlukan bantuan.



Terdapat rancangan untuk mengembangkan inisiatif ini ke lebih banyak kejiranan di Jurong

East dengan sokongan pertubuhan lain bagi menjangkau dan menyokong lebih ramai penduduk, dengan matlamat membangunkan masyarakat yang saling menyokong dan lebih berdaya tahan. 



Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Pejabat SG Cares di SGCares@mccy.gov.sg.



S: Mengapa pemerintah memutuskan untuk melancarkan Singapura Bersama pada 2019



Lebih ramai warga Singapura mahu terlibat dalam membangunkan masa depan bersama negara ini, dan bersama-sama mencipta dasar serta program bagi menangani isu-isu rumit. 



Singapura Bersama dilancar untuk memudahkan kerjasama antara pemerintah dan rakyat serta sesama rakyat. 



Pendekatan pemerintah yang baru ini memberi peluang kepada warga Singapura untuk memahami dan mendekati topik serta isu yang dihadapi negara secara lebih mendalam, dan menyumbang idea serta tenaga mereka secara langsung, termasuk menerusi proses seperti perbincangan, kumpulan kerja warga dan Perikatan untuk Bertindak.



Membangun Singapura Bersama



Perikatan Untuk Bertindak (AfA) Singapura Bersama dibentuk untuk menyatukan kerjasama antara rakyat serta sektor awam dan privet untuk menangani isu-isu rumit sosioekonomi yang dihadapi negara.



Berminat untuk menyokong kesihatan mental generasi muda Singapura?



Imbas kod QR untuk menyertai Rangkaian Kesejahteraan Kesihatan Mental Belia.





Untuk maklumat lanjut mengenai Singapura Bersama, lungsuri www.sg





 



Dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia. 





 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >