Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Mengapa layanan di CGH berbeza dari SGH?

Nov 26, 2013 | 12:21 PM



PADA 16 November lalu, anak saya disahkan dijangkiti demam denggi setelah diperiksa di klinik swasta. Oleh kerana tiada pemeriksaan darah di klinik itu, kami terus ke Hospital Besar Changi (CGH) bagi pemeriksaan lanjut.


Kami diberi keutamaan dan disuruh tunggu di bilik untuk diperiksa. Hanya terdapat dua pesakit, termasuk anak saya, sedang menunggu ketika itu.


Setelah kami menunggu lama, tiada pesakit keluar dari bilik doktor itu. Apabila doktor keluar, kelihatan tiada pesakit dirawatnya.


Saya hairan mengapa beliau berada begitu lama di bilik sedangkan kami menunggu di luar. Beliau keluar dan masuk bilik itu beberapa kali.


Kemudian saya nampak doktor tersebut bersama seorang doktor lelaki keluar dari biliknya. Apabila doktor lelaki itu melintasi kami, saya mendekatinya dan berkata kami sudah lama menunggu dan masih belum diperiksa.


Beliau menjawab doktor wanita itu ada pesakit lain dan saya harus menunggu empat jam, sebagaimana tertera pada papan tanda.


Saya berkata hanya ada dua pesakit jadi mengapa kami harus menunggu lama. Saya minta dibantu, tetapi tidak dihiraukan.


Apabila saya berkata saya akan memberi maklum balas kepada pihak hospital, doktor itu berkata: "Nak mengadu, mengadulah... itu hak awak".


Saya terperanjat dan kecewa dengan sikap dan kata-katanya.


Anak saya kemudian mahu pulang sahaja dan kami melaporkan di kaunter bayaran bahawa anak saya belum mendapat rawatan.


Mereka meminta kami tunggu untuk membuat pemeriksaan tetapi kami enggan kerana sudah tawar hati dengan sikap dan kata-kata doktor tadi.


Kami kemudian ke Hospital Besar Singapura (SGH). Layanan di SGH begitu berbeza. Perkhidmatan mereka cepat dan anak saya diperiksa dengan segera. Selepas dimasukkan air, anak saya disuruh buat pemeriksaan darah susulan di poliklinik.


Syabas dan terima kasih kepada doktor dan kakitangan di SGH kerana tidak menganggap penyakit ini remeh.


RAHMAH GANI




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >