Pertubuhan bantuan kemanusiaan Mercy Relief baru-baru ini telah ke Pakistan untuk melaksanakan misi bantuan kemanusiaan bagi mangsa bencana banjir di negara itu, selain meninjau keadaan bagi mengenal pasti jurang-jurang yang perlu diisi dalam bantuan yang kini dihulurkan dari serata dunia. Mercy Relief bermatlamat menyampaikan sokongan dan bantuan kepada sekitar 3,500 mangsa bencana banjir di wilayah selatan Sindh. BERITA HARIAN (BH) telah mengikuti pasukan Mercy Relief dalam lawatannya itu. Berikut laporan dari kawasan bencana di wilayah Sindh, Pakistan.
ANTARA tindakan lanjut yang akan diusahakan pertubuhan kemanusiaan Mercy Relief demi membantu masyarakat terjejas banjir besar di Pakistan adalah menyediakan kemudahan perlindungan sementara lebih lengkap bagi mereka meneruskan kehidupan.