Mike Pence tolak usul guna pindaan perlembagaan bagi singkir Trump
Jan 14, 2021 | 05:30 AM
WASHINGTON: Naib Presiden Amerika Syarikat, Encik Mike Pence, menolak resolusi Dewan Perwakilan Rakyat yang mendesaknya untuk menggunakan Pindaan ke-25 di bawah Perlembagaan untuk menyingkirkan Presiden Donald Trump daripada jawatannya.
Beliau tidak percaya bahawa langkah itu adalah demi kepentingan terbaik negara itu atau selaras dengan Perlembagaan Amerika.