Subuh
5:30
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

M'sia ditadbir kerajaan sementara selepas Parlimen bubar

Oct 13, 2022 | 05:30 AM



BERMULA Isnin lalu, Malaysia ditadbir oleh kerajaan sementara atau 'caretaker government' sehinggalah kerajaan baru dibentuk hasil daripada keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).



Pembentukan kerajaan sementara yang dianggotai Kabinet yang sama sebelum pembubaran Parlimen bagi memastikan proses pilihan raya dapat dilaksanakan secara adil dan bebas.



Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan anggota Kabinetnya masih meneruskan tugas seperti biasa tetapi kuasa yang ada tidak sama sebelum pembubaran Parlimen.



Menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki, Mesyuarat Kabinet masih boleh dijalankan seperti biasa walaupun Parlimen telah dibubarkan.



Bagaimanapun, katanya, Kabinet tidak boleh membuat sebarang keputusan dasar walaupun masih boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam soal pentadbiran negara.



Katanya, menteri dan timbalan menteri berfungsi seperti biasa dalam kerajaan sementara cuma tidak boleh membuat keputusan mengenai dasar baru.



Tan Sri Mohd Zuki berkata Kabinet juga boleh meneruskan pelaksanaan dasar dan keputusan yang telah dibuat terlebih dahulu sebelum Parlimen dibubarkan.



Bagi Ketua Penerangan Parti Keadikan Rakyat (PKR), Encik Fahmi Fadzil, kerajaan sementara itu tidak boleh membuat keputusan banyak perkara dan bukan sekadar perkara dasar.



Katanya, antara yang tidak boleh dilakukan kerajaan sementara adalah menandatangani sebarang kontrak projek, terutama projek berskala besar atau berkepentingan awam, dan menteri dan timbalan menteri mesti memulangkan aset kerajaan.



Selain itu, mereka juga tidak boleh menggunakan jentera kerajaan untuk kempen pilihan raya atau mengumumkan sebarang "hadiah" pilihan raya.



"Prinsip-prinsip ini sewajarnya menjadi rukun kerajaan sementara, terutama untuk elak salah guna kuasa, rasuah, dan persepsi salah," kata Encik Fahmi dalam satu hantaran di Facebook kelmarin.



Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, berpandangan Perdana Menteri yang menerajui kerajaan sementara juga tidak sepatutnya melantik pembantu kerana kerajaan boleh berjalan dengan sokongan dan bantuan penjawat awam di bawah Ketua Setiausaha Negara.



Menurut Dr Nik Ahmad Kamal jentera pemerintah seharusnya terus berfungsi semasa hari pilihan raya, dan selepas, sehinggalah kerajaan baru dilantik.



Bagi pengamat politik, Dr Mohammad Agus Yusoff, kerajaan sementara berfungsi untuk memastikan semua parti yang bertanding mendapat layanan yang sama rata selain perlu berkecuali bagi mewujudkan pilihan raya yang bebas dan adil.



Selain itu, menurutnya kerajaan sementara juga tidak boleh membuat sebarang aktiviti berbentuk kempen yang boleh menjejaskan sifat adil dan berkecuali sesebuah kerajaan demokratik.




"Prinsip-prinsip ini sewajarnya menjadi rukun kerajaan sementara, terutama untuk elak salah guna kuasa, rasuah, dan persepsi salah."
- Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat, Encik Fahmi Fadzil, yang antara lain menarik perhatian, kerajaan sementara tidak boleh menandatangani sebarang kontrak projek, terutama projek berskala besar atau berkepentingan awam, dan menteri dan timbalan menteri mesti memulangkan aset kerajaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >