Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

MENJELANG RAYA

Muis: Lebih banyak wang zakat bakal diagih kepada lebih ramai penerima

Jumlah isi rumah yang akan menerima zakat dalam bentuk wang tunai dan hamper Hari Raya bertambah berbanding tahun lalu
May 07, 2021 | 05:30 AM



LEBIH banyak wang zakat akan diagihkan tahun ini dan kepada lebih ramai penerima.



Zakat sejumlah $2.4 juta dalam bentuk wang tunai dan hamper Hari Raya akan diagihkan tahun ini, berbanding 19 peratus pada tahun lalu.



Jumlah isi rumah yang dijangka menerima zakat ini juga telah bertambah, daripada sekitar 6,900 isi rumah tahun lalu kepada 7,760 isi rumah kali ini.



Penerima zakat tahun ini juga termasuk 200 keluarga yang tidak menerima bantuan kewangan dari Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) tetapi diusulkan oleh pusat khidmat keluarga (FSC).



Wang tunai zakat akan diagihkan hari ini dan isi rumah yang layak akan menerima antara $150 dengan $1,000, bergantung pada saiz isi rumah, kata Muis dalam kenyataannya semalam.



Muis berkata kutipan zakat telah bermula dengan kuat tahun ini dan ia terus mendapat sokongan padu dari masyarakat sepanjang Ramadan.



Lebih 75 peratus pembayar zakat telah membuat bayaran zakat fitrah menerusi laman web, cek dan mesin AXS.



Ia menjangka lebih ramai anggota masyarakat memenuhi kewajiban zakat pada 10 hari terakhir Ramadan, kata Muis.



"Kutipan zakat bermula dengan kuat pada 2021 dan terus mendapat sokongan baik daripada masyarakat sepanjang Ramadan. Dalam 10 hari terakhir Ramadan, lebih ramai anggota masyarakat akan memenuhi kewajiban zakat," kata Muis lagi.



Muis berkata wadah pembayaran elektronik yang diperluas telah membantu dalam pengutipan zakat di tengah-tengah pandemik ini.



Khidmat pembayaran zakat masih ditawarkan di masjid-masjid tertentu, tetapi Muis menggesa masyarakat menggunakan wadah elektronik untuk berbuat demikian untuk mengelak terlalu ramai orang pergi ke masjid.



Ia telah melancarkan laman zakat baru www.zakat.sg pada tahun ini dan sejak 2020, telah menerima bayaran zakat menerusi bayaran elektronik eNETS dan PayNow, perbankan Internet DBS/POSB, mesin-mesin ATM dan AXS, serta wadah Al-Wadiah OCBC dan CIMB Clicks.



Dalam pada itu, Muis berkata ia akan mengekalkan tradisi berbuka puasa bersama Rahmah Ramadan dengan penerima zakat, tetapi dengan cara yang mengambil kira sekatan yang dikenakan semasa pandemik.



Sebelum 2020, Muis biasanya mengundang sehingga 200 tetamu dari 30 rumah kebajikan untuk berbuka puasa bersama di Hab Islam Singapura.



Namun tahun ini, seperti yang dilakukan pada tahun lalu, makanan untuk berbuka puasa akan dihantar langsung ke rumah-rumah kebajikan itu, kata Muis.



Lebih 300 benefisiari Skim Bantuan Jangka Panjang ComCare dan penghuni rumah-rumah kebajikan juga akan menerima hamper Raya.



"Ini dilakukan kerana sekatan ke atas makan beramai-ramai dan keperluan langlah-langkah pengurusan selamat disebabkan Covid-19," kata Muis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >