HAMPIR setiap hari semboyan nyaring akan berbunyi di bandar-bandar Ukraine menandakan amaran ketibaan serangan peluru berpandu atau hujan bedilan meriam Russia yang membawa maut.
Bagi umat Islam di Ukraine, bunyi semboyan dan letupan sudah menjadi perkara biasa sejak bala tentera Russia menyerang negara itu lewat Februari lalu.