Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Muzium pertama S'pura untuk kanak-kanak dibuka Disember tahun depan

Dec 20, 2021 | 05:30 AM



MUZIUM pertama di Singapura yang dikhaskan untuk kanak-kanak akan membuka pintunya pada Disember tahun depan.



Disasarkan kepada keluarga yang mempunyai anak-anak berumur 12 tahun dan ke bawah, muzium ini terletak di bekas Muzium Filateli Singapura.



Muzium Kanak-Kanak Singapura itu telah menjalani kerja-kerja ubah elok baru-baru ini untuk memperkenalkan logo dan slogannya, Mulakan Dengan Kehairanan.



Pembukaan Muzium Kanak-Kanak Singapura itu diumumkan buat pertama kali di Parlimen tahun lalu oleh Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Cik Grace Fu.



Ia telah dijadualkan dibuka tahun ini, tetapi ditangguhkan gara-gara pandemik Covid-19.



Apabila dibuka pada Disember tahun depan, bangunan dua tingkat di Coleman Street itu akan dipenuhi dengan pameran yang berasaskan aktiviti mengenai warisan tempatan dan serantau.



Sebagai contoh, kanak-kanak boleh cuba membawa karung berat yang digunakan oleh kuli pada zaman dahulu. Koleksi setem Muzium Filateli Singapura juga akan dipamerkan secara interaktif di muzium itu.



Pengarah dan pengurus besar Muzium Kanak-Kanak Singapura, Cik Tresnawati Prihadi, berkata:



"Di muzium dewasa, kanak-kanak sentiasa diingatkan supaya tidak menyentuh pameran.



"Di sini, kami ingin menggalakkan mereka agar menyentuh dan berinteraksi dengan bahan-bahan yang dipamerkan."



Memetik pepatah terkenal yang berbunyi 'saya dengar dan saya lupa, saya lihat dan saya ingat; saya lakukan dan saya faham,' kurator muzium itu, Cik Mishelle Lim, berkata beliau percaya kanak-kanak hari ini mempunyai keperluan yang berbeza.



"Kami tidak boleh lagi mengadakan pameran yang sangat pasif dan meminta kanak-kanak agar menggunakan kuasa mata mereka sahaja," katanya.



Cik Tresnawati pula berkata, walaupun muzium-muzium Singapura yang lain turut menawarkan pameran untuk kanak-kanak, ia selalunya hanya diadakan semasa cuti sekolah.



"Tetapi, di Muzium Kanak-Kanak Singapura, kanak-kanak dialu-alukan sepanjang tahun," tambahnya.



Dalam membangunkan muzium itu, ujar Cik Tresnawati, kumpulannya telah mengambil maklum balas daripada pendidik awal kanak-kanak, ibu bapa serta kanak-kanak.



Anggota kumpulan Cik Tresnawati juga mempunyai pengalaman bergaul dengan pelawat muda. Kebanyakan kakitangan muzium baru itu adalah pekerja dari bekas Muzium Filateli Singapura yang sering mengadakan akitiviti keluarga seperti kem di muzium dan sambutan hari jadi.



Cik Tresnawati dan kumpulannya juga mendapatkan inspirasi daripada apa yang mereka pelajari daripada muzium kanak-kanak terkemuka yang pernah mereka lawati.



Ini termasuk Tropenmuseum Junior di Holland; Frida & Fred di Graz dan Muzium Kanak-Kanak Zoom di Vienna, Austria.



Kemasukan ke muzium untuk warga Singapura dan penduduk tetap adalah percuma.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >