Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

SEKITAR RAMADAN

Nuzul Al-quran

Detik turunnya rahmat dan petunjuk bagi insan
Apr 28, 2021 | 05:30 AM



AL-QURAN adalah mukjizat terbesar yang dikurniakan Allah swt kepada Rasulullah saw untuk menjadi ikutan kepada umat Islam dan yang telah merubah peradaban umat manusia daripada kesesatan menuju kebenaran dan kebahagiaan dunia serta akhirat.



Ia mengarahkan manusia supaya membaca atau belajar dan mencari ilmu untuk mendekatkan diri kepada Tuhan dan demi kesejahteraan hidup.



ERTI NUZUL AL-QURAN



Nuzul Al-Quran atau turunnya Al-Quran dari Lohmahfuz di langit ketujuh menuju Baitul Izzah di langit dunia sebelum diturunkan secara beransur-ansur kepada Rasulullah saw dalam jangka waktu kurang lebih 23 tahun adalah satu peristiwa penting dalam sejarah Islam yang perlu disambut bukan setakat sebagai satu acara tahunan sahaja.



Lebih penting, Nuzul Al-Quran, yang berlaku pada 17 Ramadan iaitu malam esok, seharusnya menjadi peringatan kepada umat Islam Muslim supaya menghargai peranan penting yang dimainkan Al-Quran dalam kehidupan.



Secara istilah, Nuzul Al-Quran bererti peristiwa turunnya Al-Quran secara keseluruhan dari Lohmahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia dan kemudian diturunkan secara beransur-ansur kepada Nabi Muhammad saw oleh Malaikat Jibril as sesuai dengan keadaan dan peristiwa dalam jangka waktu kurang lebih 23 tahun.



Ini sesuai dengan firman Allah swt dalam surah Al-Baqarah, ayat 185, yang bermaksud:



"Bulan Ramadan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeza (antara yang hak dengan batil)."



Selain perlu diingat sebagai peristiwa penting yang menjadi petanda diangkatnya Nabi Muhammad saw sebagai Rasul, umat Islam perlu memperingati Nuzul Al-Quran sebagai turunnya rahmat dan petunjuk yang mengatur kehidupan mereka.



Al-Quran adalah mukjizat terbesar yang dikurniakan Allah swt kepada Rasulullah saw untuk menjadi ikutan kepada umat Islam dan yang telah merubah peradaban umat manusia daripada kesesatan menuju kebenaran dan kebahagiaan dunia serta akhirat.



Ayat pertama atau wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw adalah surah Al Alaq, dari ayat 1 hingga 5, yang berbunyi:



"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantara kalam. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."



Perkataan pertama iaitu 'Iqra', yang membawa erti 'Bacalah' sahaja sudah banyak meninggalkan kesan pada manusia.



Ia mengarahkan manusia supaya membaca atau belajar dan mencari ilmu untuk mendekatkan diri kepada Tuhan dan demi kesejahteraan hidup.



Konsep baca dan belajar ini sebenarnya luas. Ia mencakupi pelbagai soal kehidupan daripada ukhuwah Islamiah seperti mengenal Tuhan dan ukhuwah insaniah iaitu menjaga hubungan sesama manusia yang termasuk juga akhlak, mempunyai nilai diri yang baik, juga dalam bidang ekonomi dan sosial.



PERBANYAK MEMBACA AL-QURAN



Meskipun tidak ada amalan khusus yang dinyatakan pada malam Nuzul Al-Quran, Imam Syafii menggalakkan mentadabbur dan mengkhatamkan Al-Quran.



Ini sesuai dengan firman Allah swt dalam surah Faathir, ayat 29, yang bermaksud:



"Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi."



Rasulullah saw sering berdoa:



"Ya Allah, aku bermohon kepada-Mu syurga dan apa yang mendekatkan kepadanya berupa perkataan dan perbuatan. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada api neraka dan apa yang mendekatkan kepadanya berupa perkataan dan perbuatan" (Hadis riwayat Al- Bukhari, Ibnu Majah, Al-Hakim dan Ibnu Hibban).



  • Penulis ialah Pegawai Agama Kanan Masjid, Lembaga Pentadbir Masjid Kassim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >