Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

AUTOMOBIL

Padat dengan ciri kereta lumba

Mar 22, 2021 | 11:23 PM



 



 



Jarang sekali kenderaan Audi berupaya ‘mengumumkan’ kehadirannya di jalan raya. Dibandingkan dengan kenderaan berkuasa tinggi lain, Audi lazimnya mempunyai deruman ekshaus yang agak senyap.



Tidak lagi begitu bagi kereta sport Audi RS 5 Sportback yang diuji pandu wartawan baru-baru ini.



Bunyi enjin yang lebih mengancam ternyata menonjolkan kehadiran kereta yang boleh disifatkan sebagai kuda lumba ini.



Berbeza dari kebanyakan kereta sport yang lain, RS 5 Sportback mempunyai lima pintu bermakna ia bukan sahaja menawarkan prestasi tinggi bahkan kemudahan untuk kegunaan harian. Ruang but yang besar juga membolehkan kereta ini untuk memuatkan pembelian barangan dapur atau beg golf bagi kegiatan riadah hujung minggu.



Ternyata, keistimewaan RS 5 Sportback terletak pada enjinya. Nadi penggerak kenderaan ini ialah enjin dwiturbo V6 TSFI 2.9 liter yang berupaya menjana 450 hp, tork 600 Nm. Tekan pedal minyak sekuat hati dan anda dapat rasakan tendangan penuh kuasa dari enjin ini. Tidak hairanlah, dengan enjin berkuasa tinggi ini RS 5 Sportback berupaya memecut dari 0 - 100 km sejam dalam hanya 3.9 saat.



Kehebatan enjin ini digandingkan dengan reka bentuk yang lebih tajam. 



RS 5 Sportback menampilkan gaya agresif untuk memikat perhatian umum. Garis bumbung dan bahagian tepi yang ramping menambahkan profilnya yang aerodinamik. Spoiler muka depan dan belakang meningkatkan lagi penampilan sporty kereta ini. 



Bahagian dalaman kereta ini juga sungguh menawan lagi padat dengan teknologi. Dari sudut keselesaan, kereta ini mempunyai ciri kerusi urut yang membantu keselesaan pemandu khususnya semasa perjalanan jauh. 



Dari sudut teknologi pula, RS 5 Sportback dimuatkan dengan kokpit digital yang menawarkan  pengalaman penggunaan yang unik. Papan instrumen digital 12.3 inci sepenuhnya yang membolehkan pemandu mendapatkan maklumat seperti navigasi dan audio. Menerusi papan digital itu anda misalnya boleh melungsuri imejan Google Earth untuk mencari lokasi tempat atau arah perjalanan.



Kokpit digital juga boleh diubah menjadi mod perlumbaan. Mod ini sering bermanfaat apabila kereta ini digunakan di trek perlumbaan seperti yang ada di Sepang. Papan digital misalnya boleh menunjukkan maklumat perlumbaan seperti kadar pecutan, tempoh pusingan trek lumba dan banyak lagi. 



Kelakonan RS 5 Sportback di jalan raya tidak kurang hebat berkat pemacu roda empat quattro yang menjanjikan tahap kawalan lebih tinggi di jalan raya, kestabilan menangani selekoh tajam dan keupayaan menggenggam permukaan jalan lebih-lebih lagi semasa hujan lebat.



RS5 Sportback ditawarkan pada harga bermua $341,870 (tanpa COE).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >