Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

BERITA PENGIKLAN

Pantas perluas jaringan niaga dan tenaga kerja

Cabaran foodpanda di era pandemik
Nov 09, 2021 | 06:00 AM



MENAMBAH jumlah pengendali firma makanan dan minuman (F&B) ke platform tempahan, melancarkan kemudahan baru dan memanfaatkan teknologi algoritma ‘belajar sendiri’.



Itulah yang dilakukan syarikat foodpanda bagi memenenuhi permintaan yang melonjak bagi penghantaran makanan, selain melancarkan khidmat pandamart dan kedai-kedai foodpanda bagi memenuhi juga keperluan bagi barangan asas rumah, buah-buahan dan barangan dapur.



Memberi gambaran, Pengarah Komersil foodpanda Singapura, Encik Amirul Shah, berkata sepanjang tempoh pemutus rantaian jangkitan, jumlah pengendali F&B yang menggunakan platform tempahan syarikat itu meningkat 200 peratus. 



Di samping itu, pihaknya juga telah mempercepatkan proses pengambilan pekerja penghantaran bagi memenuhi permintaan yang kian bertambah.



“Kini kami mempunyai ribuan pekerja penghantaran dalam kalangan kumpulan kami dan bagi memastikan keselamatan mereka dan juga pelanggan, kami telah pantas memperkenalkan ciri-ciri penghantaran tanpa sentuh dalam aplikasi kami.



“Selain itu kami menyediakan sanitiser tangan serta pelitup kepada semua penunggang kami apabila pandemik mula melanda negara ini,” tambahnya.





Bagi membantu mengurus dan menjangkakan sebarang potensi bertambahnya permintaan, foodpanda menggunakan algoritma penghantaran berkepentingan yang mempunyai kebolehan ‘belajar sendiri’ dan menangani pertambahan mendadak.



Ini memberi peluang kepada syarikat tersebut merancang bilangan pekerja penghantaran yang diperlukan bagi memenuhi permintaan pada satu-satu masa semasa hari tersebut.



“Makanya ini akan membantu kami mempertahankan komitmen penghantaran kepada para pelanggan kami dalam tempoh 30 minit atau kurang,” ujarnya.



Menyedari cabaran hebat yang dihadapi masyarakat F&B semasa pandemik masa kini, foodpanda telah bekerjasama dengan Enterprise Singapore untuk mengecualikan yuran kemasukan ke platformnya selain tidak mengambil komisyen bagi pendaftaran baru ke platform syarikat itu pada April tahun lalu, dan sekali lagi semasa pertengahan tahun ini.



Syarikat foodpanda juga mengadakan promosi bagi rakan-rakan gerai makanan dan melanjutkan tawaran 20 peratus lebih rendah bagi tempahan ambil sendiri untuk pembelian gerai-gerai penjaja, sebagai usaha menyokong para penjaja setempat.



Di samping itu, syarikat itu juga aktif melakukan kerja-kerja kemasyarakatan.



Pada Ogos tahun ini, bersama rakan-rakan F&B lain, foodpanda telah mengagihkan lebih 2,000 bungkusan makanan tengahari kepada para sukarelawan dan kakitangan di seluruh pusat vaksinasi di Singapura.



Antara perkhidmatan yang disediakan di bawah foodpanda



Penghantaran bagi restoran: Pelanggan boleh pilih lebih daripada ribuan restoran yang menyediakan juadah pelbagai.



Ambil sendiri: Pelanggan boleh pilih untuk tidak beratur dan menikmati penjimatan dengan mengambil sendiri makanan yang dipesan mereka.



pandamart: Kedai barangan dapur dalam talian foodpanda. Ia mempunyai lebih daripada 5,000 produk dalam semua kategori.



Kedai foodpanda: Kerjasama dengan rakan-rakan runcit termasuk jenama terkemuka yang menawarkan pelbagai produk dalam banyak kategori.



pandapro: Khidmat langganan foodpanda. Dengan pakej permulaan $7.99 sebulan atau 6.99 sebulan bagi langganan enam bulan dan $5.99 bagi langganan 12 bulan. Anggota pandapro akan menikmati penghantaran percuma bagi restoran terpilih, sehingga 20 peratus lebih rendah bagi sajian restoran, tambahan harga rendah lima peratus bagi khidmat ambil sendiri, 10 peratus harga lebih rendah bagi pandamart (dua baucar sebulan) dan tawaran makan dalam restoran. Pelanggan boleh nikmati beli satu dapat satu percuma atau harga lebih rendah sehingga 30 peratus apabila mereka makan di restoran yang sertai promosi.



 



Dulu penunggang penghantaran kini pengurus kawasan

 





MULANYA sebagai penunggang penghantaran makanan sebelum menjadi pengurus pasukan penghantaran. 



Tup tup, enam tahun sudah berlalu dan kini Encik Muhammad Azhrin Azahari, 32 tahun, merupakan pengurus kawasan dengan syarikat foodpanda.



Encik Muhammad Azhrin menyifatkan tangga kerjaya yang didakinya di foodpanda sebagai sebuah penerokaan.



“Ia satu pengalaman penerokaan buat saya juga... saya menjalin persahabatan dengan ramai orang sepanjang tempoh itu. 



“Sebagai pekerja penghantaran, banyak cabaran yang saya lalui seperti perlu menghantar makanan di tempat yang sunyi, yang perlu saya memberanikan diri. 



“Lepas saja hantar makanan, saya pun bergegas lintang pukang keluar dari kawasan itu. Jantung macam nak tercabut rasanya,” kata beliau, sambil tertawa besar. 



Encik Muhammad Azhrin merupakan salah seorang daripada ratusan kakitangan foodpanda, syarikat yang telah bertapak di Singapura sejak 2012.



Syarikat asal Jerman itu merupakan perintis dalam khidmat penghantaran makanan di Singapura.

Sejak itu syarikat tersebut telah berkembang untuk menjadi platform penghantaran makanan dan barangan keperluan yang terbesar di Asia dengan operasi di lebih 400 bandar di 12 pasaran Asia Pasifik.



Ini termasuk Singapura, Hong Kong, Thailand, Malaysia, Pakistan, Taiwan, Filipina, Bangladesh, Laos, Kemboja, Myanmar, dan Jepun.



Menceritakan pengalaman lucu sepanjang menjadi pekerja penghantaran makanan, Encik Muhammad Azhrin berkata satu ketika dahulu, beliau mempunyai tabiat sering lupa mengisi minyak motosikalnya.



“Terpaksalah members-members lain datang bantu,” katanya.



“Kadang kala apabila terlalu sibuk buat penghantaran – tidak kira hujan atau panas – kami boleh sampai terlupa untuk isi minyak.



“Tahu-tahu sahaja enjin motosikal tidak dapat dihidupkan atau mati secara tiba-tiba, bukan kerana enjinnya tapi kerana tangki minyak kering,” kata beliau lagi.



CABARAN BERBEZA



Pada 2016, Encik Muhammad Azhrin berkata beliau telah menerima rekomendasi untuk menyertai pasukan penghantaran foodpanda selaku pengurus – pengalaman baru yang belum pernah dilaluinya.



“Sememangnya ia pilihan terbaik yang pernah saya buat.



“Dahulu kebanyakan kerja dilakukan secara manual di mana kita perlu menghantar pesanan kepada penunggang dan pada masa yang sama bantu huraikan isu-isu yang dihadapi penunggang. Sibuk namun menyeronokkan.



“Tapi kini segala kerja memanfaatkan teknologi dan banyak ciri-ciri baru telah diperkenalkan bagi memudahkan lagi proses pekerjaan kami,” ujarnya.



Yang pasti perjalanan kerjayanya tidak berhenti di situ.



Beliau yang berkelulusan Nitec dalam jurusan Automotif kemudian dilantik selaku pemimpin kanan pasukan yang kemudian dihantar ke Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada perluasan tugasannya di foodpanda.



Sekembalinya ke Singapura pada 2019, Encik Muhammad Azhrin dilantik pula selaku pengurus kawasan di mana beliau berinteraksi lebih dengan para penunggang.



Ini termasuk menyelesaikan isu-isu pentadbiran selain buat persiapan bagi para pemohon pekerjaan.



“Saya telah berhadapan dengan banyak situasi – bermula sebagai penunggang penghantaran, kemudian selaku pengurus penghantaran dan kini pengurus kawasan.



“Kini apabila semua pengalaman itu digabungkan, saya dapat memahami situasi sekitaran dengan lebih baik.



“Jadi apabila timbul sebarang isu saya lebih peka dan mampu berikan nasihat dan sokongan kepada para penunggang,” ujarnya lagi. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >